TUDUNG antara barangan kesayangan kaum Hawa yang berhijab.

Pantang nampak yang cantik terus teruja mahu membelinya. Itu belum termasuk koleksi tudung yang dikeluarkan oleh selebriti.

Asyik membeli , lama-kelamaan tiada ruang untuk menyimpan tudung. Mula pening kepalakan?

SinarPlus tertarik dengan kaedah yang dipraktikkan lelaki bernama Shafiq Abdul Hamid yang membuat sendiri almari tudung khas untuk isterinya yang tersayang.

Baca ni ‘Ibu berjiwa kental, memang iron lady betul.’ Pilih kerjaya berisiko, ramai kagum dengan Maya ‘tawan’ puncak KLCC

Menariknya, beliau hanya menggunakan paip PVC dan plywood sahaja. Mudah, cantik dan praktikal.

Bahkan, kaedah tersebut juga tidak memerlukan modal yang besar. Memang berbaloi.

“Siapa tak sayang bini kan? Almari tudung DIY untuk bini guna paip pvc sahaja.

“Barulah muat tudung yang berlambak-lambak itu. Barang-barang simple sahaja. Cari di kedai hardware,” ujar Shafiq menerusi kapsyennya di Facebook.

Kalau anda lihat foto yang dipaparkan, lelaki itu memang kreatif betul.

Berikut antara barang-barang yang diperlukan:

1. Sediakan paip PVC, potong enam inci setiap satu. Boleh dapat 70 buah dengan kos RM76

2. Enam buah engsel untuk pintu dengan kos bernilai RM9.

3. Pemegang pintu, dua buah. Kos RM4.

Iklan

4. Supaya almari nampak lebih menyerlah, guna syelek. Untuk 1 liter kosnya RM20.

Selain itu, Shafiq turut menggunakan papan lapis bagi ‘body’ almari tersebut.

Jika membeli papan yang baharu kata beliau, harga untuk papan berukuran 12 milimeter kira-kira RM65 sahaja.

“Total kos hanya RM109 sahaja, tetapi cinta terhadap isteri tiada nilai,” ungkap Shafiq lagi.

Apalagi, cubalah. Daripada beli almari baharu yang mungkin harganya cukup mahal, apa kata DIY sendiri!

Iklan

Sumber: Facbook Shafiq Abdul Hamid

Baca lagi Dulu penyampai radio, kini Alex Hirschi menjadi pempengaruh kereta wanita terkaya di dunia

Layari portal SinarPlus, sinarplus.sinarharian.com.my untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami untuk info dan kisah penuh inspirasi