Kajian terkini: Sleep apnea boleh menyumbang kepada penyakit demensia, penurunan kognitif manusia

PENYELIDIKAN terbaharu yang disiarkan menerusi Jurnal Neurology pada pertengahan Jun lalu menunjukkan bahawa sleep apnea boleh meningkatkan risiko penurunan kognitif dan demensia.

Output kajian juga mendapati, permasalahan tidur itu boleh memburukkan lagi pembentukan protein beta-amyloid di dalam otak iaitu ciri khas penyakit Alzheimer.

Dengan 122 responden (purata umur 69 tahun) penyelidik telah mengkaji hubungan antara keterukan sleep apnea, status beta amiloid dan jumlah otak pada orang dewasa yang lebih tua tanpa gejala kognitif.

Responden menjalani ujian ingatan, pemeriksaan tidur semalaman di rumah, pengimejan otak termasuk imbasan pengimejan resonans magnetik dan imbasan PET amyloid. Ujian ingatan diulang secara purata 21 bulan kemudian.

“Hasilnya, penyelidik mendapati, sleep apnea dikaitkan dengan atrofi lobus temporal medial pada orang dewasa dengan pembentukan beta-amyloid. Ia (sleep apnea) juga boleh meningkatkan risiko gangguan ingatan dari semasa ke semasa,“ kata kajian itu seperti dilaporkan dalam Medical News Today.

Lobus temporal medial adalah kawasan otak yang penting untuk ingatan dan mengingati fakta serta peristiwa.

BACA JUGA: Boleh hilang ingatan, sakit darah tinggi jika guna pinggan seramik tinggi plumbum. Pakar ini beri penjelasan

BACA JUGA: Jangan stres, jaga posisi tidur. Itu petua berguna untuk atasi masalah pedih ulu hati

Mengulas lanjut mengenai dapatan berkenaan, Pakar Psikiatri yang juga Pengarah Program Gangguan Memori & Kognitif, Hospital Hoag, Newport Beach, California, Amerika Syarikat, Dr Aaron Ritter berkata, mencegah sleep apnea merupakan salah satu perkara paling berkesan yang boleh dilakukan untuk merawat pesakit Alzheimer.

“Rawatan biasa untuk apnea tidur adalah terapi tekanan saluran udara positif berterusan atau CPAP yang melibatkan pemakaian topeng semasa tidur. Ia akan memberikan aliran tekanan udara positif berterusan.

“Intervensi lain termasuk perubahan gaya hidup, kualiti diet, tidur mengiring, ubat-ubatan dan pembedahan yang bertujuan untuk meluaskan saluran pernafasan,“ katanya.

Iklan

 

Sementara itu, kepada CNN Health, Profesor Neurologi, Sekolah Perubatan Harvard, Rudy Tanzi berkata, untuk mendapatkan lena yang cukup dan dalam ‘meremajakan‘ otak, orang dewasa memerlukan sekurang-kurangnya tujuh jam tidur tanpa gangguan.

“Bagaimanapun, orang yang berdengkur dengan kuat atau individu dengan sleep apnea boleh mengalami ratusan rangsangan kecil pada setiap malam walaupun mereka tidak menyedarinya,“ katanya.

Iklan

Foto PEXELS

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang.