Lotus Biscoff Cheesecake antara resipi yang sedang hangat dan viral akhir-akhir ini. Harganya yang agak mahal menyebabkan ramai yang mencari resipi untuk membuatnya sendiri.

Biskuit Lotus Biscoff sebenarnya bukanlah produk baru. Ia pertama kali dikeluarkan di Belgium pada tahun 1932. Rasa karamel dan rempah iaitu speculoos menjadi daya tarikan biskut ini.

Biscoff Cheese Cake yang menggunakan biskut Lotus Biscoff sebagai asasnya ini terkenal dengan nama kek kayangan kerana harga bahannya yang mahal kerana ia diimport.

Terbayangkan teksturnya yang lembut berkrim korang boleh cuba membuatnya di rumah tanpa perlu mengeluarkan bajet berlebihan untuk membeli. Dengan hanya menggunakan gelas, cara pembuatannya juga ringkas dan lebih menjimatkan.

 

Kek Kayangan Lotus Biscoff Cheese Cake tak perlu bakar dan loyang!

Bahan-bahan

200gm biskut Lotus Biscoff
150ml dairy whipping cream
50gm gula aising
150gm krim keju
Karamel (optional)

 

Baca Juga: Laksam hispter ceria sungguh warnanya. Ikut sukatan cawan sahaja, serius sedap

 

Cara cara penyediaan

1. Hancurkan biskut hingga halus. Kemudian bahagikan kepada dua bahagian.
2. Campurkan krim keju dengan gula aising. Gaul sebati.
3. Kemudian masukkan whipping cream. Putarkan sehingga adunan sampai kembang
4. Masukkan pula Biskut Lotus Biscoff dan gaul lagi
5.  Masukkan adunan ke dalam gelas kecil sampai penuh dan ratakan.
6. Anda boleh memilih untuk menyejukkan terlebih dahulu atau nak makan terus. Letakkan whip cream, serbuk biskut, dan sekeping biskut sebagai hiasan. Siap!

 

Iklan

Kek Kayangan Lotus Biscoff Cheese Cake tak perlu bakar dan loyang!

 

Baca juga: Puasa bukan tiket mudah untuk kurus

 

Iklan

Kek ini boleh dimakan dalam keadaan sejuk mahupun ‘room temperature’. Jadi korang tak perlu tunggu lama untuk menikmatinya.

Perkongsian resipi ini melebihi 1.8k. Sudah pasti ia tidak akan mengecewakan korang semua. Selamat mencuba!

Sumber: FB Syaf Kun