PERNAH dengar orang fobia dengan kucing, tikus atau lipas? Itu semua macam biasa, kan?

Bagaimana pula dengan takut dengan kuda? Pastinya, mesti ramai.

Salah seorang daripadanya ialah penyanyi rap terkenal, Snoop Dogg yang mendedahkan beliau mengalami masalah itu yang dikenali sebagai equinophobia.

Perkara itu diberitahu sendiri pemilik nama sebenar Calvin Cordozar Broadus Jr. menerusi program dalam saluran YouTube miliknya, Doube G News yang disiarkan baru-baru ini.

Dalam temu bual program berkenaan, seorang tetamu undangan iaitu pelakon Tiffany Haddish memberitahu impiannya sewaktu kecil adalah ingin menjadi seorang penternak.

Mendengarkan perkara itu, penyanyi berusia 51 tahun itu pantas mengakui dia takutkan kuda.

Snoop tidak mengetahui punca sebenar mengapa dirinya begitu takut dengan mamalia tersebut.

Beliau tidak akan sesekali berinteraksi dengan haiwan berkenaan dan cuba untuk menjarakkan diri.

SUMBER Mart Production daripada PEXELS.

Tahukah anda apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan fobia?

Rujukan yang dibuat melalui Medical News Today menyatakan fobia adalah keresahan yang membuatkan seseorang individu mengalami ketakutan yang melampau.

Mereka boleh menjadi tidak rasional dengan situasi, makhluk hidup, tempat atau objek.

 

“Seseorang yang mengalami ketakutan yang amat sangat akan membentuk kehidupan mereka untuk mengelak perkara yang mereka anggap berbahaya.

“Ia (fobia) merupakan gangguan mental yang boleh dikesan,” katanya.

Situasi itu menyebabkan mereka berkelakuan tidak normal dan ada masanya boleh mengakibatkan serangan panik.

Sementara itu, Cleveland Clinic berkata, individu yang mengalami equinophobia bukan sahaja takut dengan kuda tetapi juga kuda padi dan keldai.

Baca juga: Takutnya nak tidur… Korang mungkin penghidap somnifobia

SUMBER Helena Lopes daripada PEXELS.

Perkataan equinophobia adalah gabungan daripada perkataan Latin, equus yang bermaksud kuda dan phobos daripada bahasa Greek yang bererti takut.

Kata laman perubatan tersebut, seorang yang fobia dengan mamalia itu akan mengalami ketakutan seperti berikut:

1. Menunggang kuda.
2. Menyentuh atau berada dekat dengan seekor kuda.
3. Gambar dan imej kuda di pawagam termasuk kuda animasi.
4. Bunyi kuda.
5. Kandang kuda dan peralatan untuk menunggang kuda seperti pelana.

Tambah Cleveland Clinic, ramai orang menjadi takut dengan haiwan itu selepas melalui pengalaman yang menakutkan atau traumatik. Antaranya:

1. Pernah terjatuh ketika menunggang kuda.
2. Digigit, dipijak atau ditendang oleh haiwan tersebut.
3. Menjadi saksi kejadian seseorang yang cedera disebabkan oleh seekor kuda.
4. Tidak dapat memberhentikan kuda ketika menunggang binatang itu.

Baca juga: Si kecil takut mandi laut, kolam? Ini cara atasi fobia air ibu boleh cuba

Iklan
SUMBER Jean van der Meulen daripada PEXELS.

Cleveland Clinic mencadangkan individu yang mengalami equinophobia untuk berjumpa dengan ahli psikologi.

Pakar akan membantu mereka yang berdepan fobia untuk mengatasi ketakutan yang dialami.

Antara rawatan yang boleh dijalani pesakit termasuk:

1. Terapi tingkah laku kognitif
– Rawatan psikoterapi akan membantu pesakit meneroka punca fobia.
– Pesakit akan diajar teknik relaksasi untuk menguruskan gejala dan mengatasi ketakutan mereka.

2. Terapi pendedahan
– Menggunakan teknik relaksasi, pesakit akan didedahkan dengan imej kuda secara perlahan-lahan.
– Pengidap juga boleh cuba mendekati dan menyentuh mamalia tersebut.
– Teknik itu akan membuatkan mereka yang fobia menjadi kurang responsif terhadap ketakutannya.

SUMBER Milena de Narvaez Ayllon daripada PEXELS.

3. Hipnoterapi
– Terapi hipnosis akan membuatkan pesakit berkhayal dan mereka akan dibantu untuk mengatasi pemikiran dan emosi berkaitan dengan kuda.

4. Ubat-ubatan
Ubat untuk keresahan dan kemurungan boleh membantu mengurangkan gejala dan membantu pesakit menyelesaikan sesi terapi yang dijalani.

Iklan

Baca juga: Fobia berada di ruang kecil, sempit dan tertutup. Ini tips berguna untuk tangani ketakutan itu

Baca juga: Fobia, cemas, takut melihat badut adalah satu penyakit mental. Atasinya dengan cara ini…

Bagi mereka yang berdepan situasi sama seperti Snoop Dogg, SinarPlus sarankan supaya menjalani terapi dan cuba dekati haiwan itu secara perlahan-lahan.

Tidak mustahil nanti anda boleh mengatasi ketakutan tersebut dan menjadi pencinta kepada haiwan jinak itu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang