'Saya mahu melihat wajah gembira anak sulung.' Pengorbanan bapa usung tangki oksigen hadir konvokesyen runtun hati

No Image Caption
A
A
A

KASIH ibu membawa hingga ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Demi anak, ibu dan bapa sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat melihat permata hati mereka gembira di hadapan mata.

Begitu juga dengan kisah seorang bapa yang sanggup mengusung tangki oksigen demi menghadiri majlis konvokesyen anak sulungnya baru-baru ini.

Memetik laporan Berita Harian, Jasni Mohd Noor, 52, pensyarah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam yang menghidap penyakit kanser kelenjar air liur atau Adenoid Cystic Carcinoma sejak setahun lalu sangugp membawa bersama tangki oksigen demi menyaksikan anak sulungnya, Jamima Saffieya menerima Diploma Seni Bina di Majlis Konvokesyen Kali Ke-31 di Politeknik Port Dickson.

“Bagi saya yang penting adalah mahu melihat wajah gembira anak sulung saya dan turut ditemani isteri, Jamilah Abbas, 51, juga pensyarah di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam serta dua anak lelaki,” katanya.

No Image Caption



“Sekarang Jemima sudah sambung belajar di Universiti Malaysia Pahang (UMP) dalam bidang Ijazah Pengurusan Projek dan saya berbangga kerana beliau ada kemahuan yang tinggi.

“Buat masa sekarang, saya terpaksa mengambil cuti yang panjang dan berharap ia tidak menjadi penghalang kepada kejayaan anak-anak saya,” katanya.

Dalam pada itu, Jamima Saffieya meluahkan rasa terharu apabila melihat pengorbanan bapanya hadir ke majlis konvokesyen walaupun terpaksa bergantung pada tangki oksigen sepanjang masa.

“Ayah kerap menghubungi saya sepanjang belajar di sini.

Artikel Berkaitan:


"Malah beliau turut bimbang selepas disahkan menghidap penyakit yang amat bahaya itu. Namun semangatnya cukup kuat, itu yang saya kagum dengan ayah,” ujarnya

Sumber: Berita Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang