'Saya mohon dibicarakan.' Alif Teega didakwa salah guna lebih RM63,600 infaq korban, iftar Makkah, Syria, Palestin
PEMPENGARUH, Alif Teega mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas dua pertuduhan salah guna harta bagi program infaq iftar dan korban, berjumlah RM63,605.48 pada April serta Jun lalu.
Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, hadir ke Mahkamah Sesyenyang ditemani isteri, Aisyah Hijanah Azhari terdahulu mencetuskan kontroversi rumah tangga, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan tersebut dibacakan.
"Saya mohon dibicarakan," kata Alif di hadapan Hakim, Azura Alwi.
Mengikut pertuduhan pertama, personaliti media sosial itu didakwa secara tidak jujur menyalahgunakan wang RM36,047.35 bagi tujuan infaq iftar di Mekah, Syria dan Palestin, di CIMB Bank, KL Gateway, pada 26 April lalu.
Sementara pertuduhan kedua, beliau dituduh menyalahgunakan wang RM27,558.13 bagi program 'Jom! sertai infaq daging Qurban' di bank sama, 15 Jun lalu.
Jika sabit kesalahan, bagi setiap pertuduhan, boleh dihukum bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun dan sebatan serta denda.
Pada 11 Julai lalu, seorang pempengaruh dan isterinya ditahan reman tujuh hari, bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa untuk mendapatkan rasuah, bermula 2022 lalu.
Ia susulan, tular di media sosial mengenai seorang pempengaruh yang dikatakan mengambil komisen daripada kutipan derma, dengan peratusan yang tinggi.
Selain itu, pasangan itu didakwa hidup dalam kemewahan sehingga menimbulkan pelbagai tanda tanya daripada warganet.
Bagaimanapun, pasangan itu tampil dan menafikan semua dakwaan penyelewengan dan pecah amanah.
Sumber: Sinar Harian (Wartawan Noor Azlida Alimin)
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang