Belanja 27 nasi kandar untuk staf hospital & 20 sampul duit raya, kisah dua insan berhati mulia ini buat Aidilfitri lebih bermakna

No Image Caption
A
A
A

HARI Raya bukan saja disambut dengan meriah oleh umat Islam semata-mata, malah seluruh rakyat berbilang kaum di negara ini.

Kita sebenarnya cukup bertuah kerana mempunyai keunikan kepelbagaian bangsa yang dapat hidup harmoni dan saling hormat-menghormati.

Malah, sambutan Aidilfitri lebih bermakna apabila terdapat hati-hati mulia yang menghargai mereka sempena bulan Syawal tersebut.

Perkongsian Facebook Nasi Kandar Sulaiman menarik perhatian ramai apabila berkongsikan kisah dua individu yang boleh buat kita tabik spring.

Dalam satu post, gambar seorang lelaki dengan 27 bungkusan nasi kandar yang dibelinya untuk diagihkan kepada staf di sebuah hospital.

“Ini dia uncle Cina pula beli 27 bungkus nak bagi kepada doktor dan jururawat melayu di GH.

No Image Caption

“Boleh kata setiap tahun lepas raya mesti uncle ini akan datang beli bungkus banyak-banyak untuk nak bagi kepada doktor di GH,” tulisnya.

Artikel Berkaitan:

Kongsinya lagi, pemberian itu sebagai membalas jasa kakitangan hospital yang memberikan servis terbaik kepadanya.

“Beliau kata doktor dan jururawat di GH selalu layan beliau dengan bagus. Jadi sempena hari raya beliau suka belanja bungkus nasi kandaq. Terbaik!

No Image Caption

”Bila kita sentiasa beri perkhidmatan yang baik pasti semua orang akan suka dengan kita. Orang yang bangsa dan agama lain pun akan suka kita sebab layanan yang kita beri. Jadi akhlak yang baik akan memupuk perpaduan,” tulisnya.

Hantaran tersebut membuatkan ramai tumpang gembira dan percaya menjadi orang yang baik tidak merugikan.

“Alhamdulillah. Jadilah orang yang baik-baik tak rugi. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita tahu macam mana nak membalas kebaikannya jasanya.” - Latifah Hamzah

“Semoga rezeki uncle ni makin bertambah dan semoga uncle ni makin sihat selalu moga uncle ni dipermudahkanlah segala urusan dengan baik.” - Mohd Shamzani

Selain itu, satu lagi perkongsian Nasi Kandar Sulaiman yang membuatkan ramai tersenyum apabila kita yang sudah besar panjang pun dapat duit raya.

Menurut restoran terkemuka dengan singkatan nama NKS itu, seorang wanita berbangsa Cina bermurah hati memberikan duit raya kepada pekerjanya.

No Image Caption

Auntie kita ini tiba-tiba datang ke NKS tanya pekerja semua berapa orang? Saya pun kata dalam 20 orang.

“Sebaik sahaja tahu berapa orang pekerja, beliau terus beri 20 sampul duit raya suruh bagi kepada pekerja semua. Saya pun jadi terharu terus,” ceritanya.

Lagi membuatkan pemilik akaun tersebut terkesima apabila pemberi duit raya berkenaan merupakan seorang penghantar makanan.

“Bayangkanlah betapa mulianya hati beliau ini. Beliau ini pun seorang rider grabfood sahaja. Tambahan pula beliau merupakan orang Cina.

No Image Caption

“Memang baik hati dan hebat auntie sanggup bagi 20 sampul duit raya kepada pekerja saya,” kongsinya lagi.

Rata-rata netizen yang mengikuti post berkenaan turut terharu dan mendoakan wanita tersebut sentiasa murah rezeki.

“Terharunya...semoga auntie murah rezeki dalam bulan Ramadhan ni berapa ramai kejadian budaya samseng dalam kalangan kita yang Melayu dan tersangat Islam ni tapi sebenarnya hemah budi bahasa auntie ni yang dituntut agama, Allahhuakbar....loves Auntie to the moon.” - Salma Hussain

“Isi dalam sampul tak penting, yang penting niat nak bagi tu, memang terbaik auntie.” - Muhamad Syahril

“Ramai orang berbuat kebaikan dengan NKS ni....kekalkan istiqomah dan kebaikan dan kebajikan pekerja...insya-ALLAH ALLAH bantu.” - Zaeiq Mohammad

“Alhamdulillah syukur, di situ kita dapat tengok ALLAH SWT bagi keberkatan rezeki pada auntie, dia hanya ingin berkongsi rezeki di Aidilfitri, walaupun ia bukan perayaan dia. Percayalah, setiap insan itu adalah rahsia ALLAH SWT di dalamnya. Semoga ALLAH SWT berikan usia yang berkah buat auntie dan rezeki yang melimpah. ALLAH SWT tunjukkan pada kita, jika kita ingin berbagi rezeki tanpa mengira latar belakang insan tersebut. Setiap kebaikan yang disemai, insya-ALLAH kebaikan jua yang akan dituai. I love u auntie semoga ALLAH SWT berikan hidayahnya kelak pada auntie Aamiin.” - Boyka Asqhari

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang