Betty Rahmad pertahan konsep ‘Bachelorette Usrah’, mohon netizen tidak salah faham

No Image Caption
A
A
A

MAJLIS Bachelorette Usrah yang diadakan bagi meraikan penyanyi Amira Othman menjelang pernikahannya bersama aktor Fattah Amin mencetuskan perdebatan dalam kalangan warganet.

Segelintir pihak berpendapat penggunaan istilah tersebut tidak sesuai digandingkan dengan elemen keagamaan, lalu menimbulkan salah faham.

Mengulas perkara itu, Betty Rahmad menjelaskan beliau yang mencetuskan idea untuk menamakan majlis berkenaan sebagai Bachelorette Usrah, namun tidak menyangka ia menjadi perbincangan hangat.

“Haaa sudah! Bachelorette Usrah jadi isu pula. Sebenarnya mula-mula saya mahu letak nama Bachelimah, iaitu Bachelorette version Muslimah, tetapi rasa kurang sesuai pula. Jadi saya pilih nama Bachelorette Usrah. Tidak sangka pula ia menjadi bahan perdebatan.

“Tidak mengapa, saya ambil tanggungjawab ini. Salahkan saya, bukan orang lain,” tulisnya di Threads.

No Image Caption

Dalam masa sama, Betty menegaskan majlis berkenaan diisi dengan pengisian bermanfaat termasuk tazkirah bertajuk Menuju Pintu Syurga Isteri Solehah yang disampaikan oleh Ustazah Nazirah.

“Best sebenarnya majlis Bachelimah itu. Dapat dengar tazkirah, berkongsi ilmu dan peringatan bersama kawan-kawan. Malah saya cadangkan orang lain pun cuba adakan untuk diri sendiri atau sahabat yang bakal mendirikan rumah tangga,” jelasnya yang berharap dapat menganjurkan majlis sama buat pengikut media sosialnya.

Artikel Berkaitan:

Adik kepada pengarah terkenal Erma Fatima dan pelakon Datin Seri Umie Aida itu menambah, menghadiri atau menganjurkan majlis ilmu tidak bermakna seseorang itu lebih baik daripada orang lain.

“Jangan ingat bila seseorang itu pergi majlis usrah, automatik jadi malaikat. Saya hadir majlis ilmu kerana mahu istiqamah dan menambah pengetahuan. Lagi lama belajar, lagi saya sedar masih banyak yang saya tidak tahu,” katanya sambil berseloroh.

Untuk rekod, Amira, 32, bakal bernikah dengan Fattah, 35, pada 14 September ini dalam sebuah majlis yang dinantikan ramai peminat industri seni tanah air.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang