Blood Brothers’ style! Christy Ng catwalk sakan, tapi part kentut curi tumpuan netizen

No Image Caption
A
A
A

PEREKA fesyen terkenal, Christy Ng bukan saja menjadi bualan ramai dek rekaan kasut, beg dan aksesori yang unik.

Malah, perkongsian konten di media sosial oleh pemilik nama sebenar Christina Ng yang sentiasa mengikut trend semasa itu memang nampak cool dan bergaya.

Mana tidaknya, posting terbaharu di platform TikTok dengan kapsyen ringkas: Bila lepas tengok filem Blood Brothers membuatkan ramai angkat topilah.

No Image Caption

Dibantu dengan staf yang sporting sebagai body guard, Christy berbusana batik itu melangkah persis ratu cantik dengan gaya bersahaja.

Lawaknya, terdapat insiden melucukan semasa penggambaran tersebut namun pemilik jenama Christy Ng Shoes tak goyah dan meneruskan langkah.

No Image Caption

Hasilnya, video pendek berdurasi 46 saat itu menerima lebih 49,000 tanda suka dan 676 komen, malah angka semakin meningkat.

Artikel Berkaitan:

Antara komen yang mencuri tumpuan:

Christy jangan laaa serious sangat, chill laa staff you terkentut tu.” - Wann Megat

No Image Caption

Macam mane Ms Christy boleh selamba time part kentut tu.” - QarliffDanial

Nokhoreyyy yang kentut tu. Kat tepi muka dia bagi...” - ShahS

3x aku ulang wei, part terkentut tu betul-betul ka haha.” - DurianMentah

No Image Caption

Ni baru the real BLOOD BROTHERS.. tapi part yang terkentut tu tak tahan gelak lah .” - FloraLa

Orang duk gelak time kentut. Christy boleh tahan gelak.” - Ashiyaaa

Lain macam dia punya content.. hahaha menceriakan hari-hari saya.” - Mimin Mika

No Image Caption

Tak, sekarang ni dorang ni jual beg/kasut ke jual content.... hahhaha hebat-hebat content dorang.” - wirda

Meninjau komentar tersebut, wanita cantik berasal dari Kluang, Johor dan dibesarkan di Petaling Jaya, Selangor itu turut berkongsi balasan.

No Image Caption

Perasan sangat kuat. I tahan sebab nanti kena retake banyak kali sampai besok tak siap nanti.”

Sementara itu, ramai yang puji team produksi Christy memang kreatif.

Honestly their content creator and marketing need a raise. Best tul videos Christy Ng.” - Hannpaw

No Image Caption

Tak kurang juga mengagumi kecantikan Christy dalam busana Melayu.

Yang aku perasan.. Christy Ng memang suka pakai motif batik....” - d'mar

No Image Caption

Aku perati je batik skirt Christy cantik sangat!!!!!!.” - Pesto

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang