'Bukan 50, tapi ditikam 200 kali! Suspek lompat dari atas tandas' – Ibu pilu dedah detik akhir sebelum pelajar maut

Foto: Ihsan The Star
Foto: Ihsan The Star
A
A
A

KEHILANGAN anak dalam kejadian tragis di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya baru-baru ini cukup menyayat hati.

Ibu, Wong Lee Ping yang sebak dan tidak henti menitiskan air mata terpaksa menerima kenyataan anak bongsu kesayangan, Yap Shing Xuen, 16, sudah tiada dalam tragedi berdarah yang menggemparkan negara pada 14 Oktober lalu.

"Laporan yang tular di media sosial mengenai kejadian itu banyak yang tidak benar dan mengguris hati keluarga.

“Saya dapat tahu daripada pihak patologi bahawa anak saya ditikam 200 kali.

"Ada luka besar dan kecil di bahagian kanan badan, termasuk leher dan paru-paru,” katanya ketika sidang akhbar di Nirvana Center Kuala Lumpur di sini pada Khamis.

No Image Caption

Lee Ping berkata, hasil siasatan polis memaklumkan suspek melompat dari bahagian atas tandas sebelum menikam mangsa yang ketika itu berada di dalam bilik tandas berkunci.

“Anak saya menjerit meminta tolong, tetapi pintu tandas terkunci. Bila cikgu pecahkan pintu, anak saya sudah tiada,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Rawan di hati ibu ini semakin dalam apabila melihat nama anaknya terus dijaja dengan cerita yang tidak berasas. Lee Ping berkata, pihaknya juga menafikan dakwaan anaknya dirogol dan mengenali suspek selain memohon orang ramai untuk tidak menularkan berita yang belum disahkan sahih di media sosial.

"Anak saya telah menjadi mangsa dan harap orang ramai hentikan berkongsi berita yang tidak benar di media sosial, anak saya tidak pernah berjumpa dan berhubung dengan suspek," katanya.

No Image Caption

Berkongsi maklumat kejadian, ibu itu tidak dapat menahan air mata seolah menggambarkan anak bongsu dari dua beradik itu anak yang aktif bersukan dan amat berdisiplin.

Mendiang atlet sukan bola tampar dan badminton. Malah dua hari sebelum kejadian remaja itu meraih tempat kedua dalam kejohanan badminton yang dianjurkan di ibu kota.

"Dia (mendiang) seorang yang berdispilin, aktif bersukan walaupun introvert, dia pandai menyusun jadual dan program-program yang dia perlu hadiri.

"Dia juga menghormati kami sebagai ibu bapa dan orang lain," katanya.

Lee Ping dalam nada sayu berharap kes yang menimpa anaknya tidak akan berulang di mana-mana sekolah pada masa hadapan.

Sumber: The Star via Sinar Harian

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang