Dakwaan bayi kembar hilang di Hospital Kuala Lipis tak berasas, Dr Amalina Husna tak wujud

No Image Caption
A
A
A

SEMALAM media melaporkan penularan satu hantaran di media sosial yang mendakwa seorang wanita kehilangan sepasang bayi kembar yang didakwa telah dirawat di Hospital Kuala Lipis, dipercayai akibat diculik oleh seorang pegawai perubatan yang didakwa bertugas di hospital tersebut.

Hantaran di Facebook itu tular dan menjadi perhatian warga maya.

Berikut kenyataan rasmi yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP)

Dalam satu kenyataan rasmi berhubung isu berkenaan:

1-JKNP menjelaskan bahawa hasil semakan rekod mendapati tiada sebarang kes rawatan melibatkan bayi kembar di wad kanak-kanak hospital berkenaan sebagaimana didakwa.

No Image Caption

2-Turut dinafikan adalah kewujudan individu bernama Dr Amalina Husna yang dikatakan bertugas sebagai doktor di hospital tersebut.

3-JKNP mengesahkan bahawa tiada pegawai perubatan dengan nama itu yang pernah berdaftar atau berkhidmat di Hospital Kuala Lipis.

Artikel Berkaitan:

4-Pihaknya memandang serius penyebaran berita bertajuk ‘Sepasang Bayi Kembar Hilang Dilarikan oleh ‘Doktor Palsu’ di Hospital Kuala Lipis’ yang kini tular di media sosial.

Netizen mendapati foto bayi berkenaan dimuat turun dari saluran YouTube luar negara.
Netizen mendapati foto bayi berkenaan dimuat turun dari saluran YouTube luar negara.

5-Menurut JKNP, siasatan awal mendapati dakwaan berkenaan adalah tidak berasas, malah kali terakhir wanita terbabit menerima rawatan di hospital itu adalah pada Julai 2024.

6-Susulan penyebaran berita palsu tersebut, pihak pengurusan tertinggi Hospital Kuala Lipis telah membuat laporan polis bagi membendung penularan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan reputasi hospital dan institusi kesihatan negeri secara keseluruhan.

7-JKNP turut mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dan bertanggungjawab dalam menyebarkan maklumat, terutama yang belum dapat dipastikan kesahihannya.

8-Bagaimanapun, terdapat segelintir warganet sukar mempercayai berita tular tersebut dan mendakwa ia hanyalah halusinasi daripada pihak berkenaan.

No Image Caption

9-Terdahulu, seorang bapa mendakwa wanita menyamar sebagai salah seorang doktor menculik bayi kembarnya berusia sembilan bulan semasa dalam jagaan di hospital berkenaan

10-Individu dikenali Syahmie dan isteri, Tasha memaklumkan mereka berasa curiga apabila tidak dibenarkan bertemu anak-anak yang dirawat di hospital berkenaan sejak lahir akibat masalah paru-paru.

11-Dakwa Syahmie, mereka hanya dibenarkan melawat dari luar bilik rawatan sepanjang sembilan bulan bayi kembarnya berada di hospital berkenaan.

12-Berita mengenai kehilangan bayi kembar berkenaan turut dikongsikan salah seorang rakan mereka di Facebook.

Sumber: Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang