Demi hajat ibu: Pengantin India tular dirai dalam adat Melayu, impian 30 tahun terlaksana

No Image Caption
A
A
A

MERAIH hampir 150,000 tontonan di laman sosial, pasangan pengantin berbangsa India diraikan persis pengantin Melayu mencuri pandangan. 

Paluan kompang mengiringi keberangkatan pasangan mempelai Steven dan Tharagai berjalan menuju ke pelamin untuk persandingan mencuri perhatian warga maya.

Di sebalik majlis resepsi pengantin perempuan yang berlangsung di Ipoh, Perak itu siapa sangka impian seorang ibu terlaksana. 

No Image Caption

Menurut kakak pengantin, Thamayanthi, 27, ketika dihubungi SinarPlus, acara keraian pada 31 Ogos itu adalah idaman ibunya sejak 30 tahun yang lalu.

"30 tahun yang lalu sebelum berkahwin, ibu saya sudah berpesan kepada ayah. Apabila anak-anak berkahwin nanti, temanya mestilah adat Melayu. 

"Ayah tidak pernah membantah, pengantin lelaki juga tiada halangan. 

"Hari itu impian ibu benar-benar menjadi kenyataan. Saat pengantin perempuan dan lelaki diiringi dengan kompang, semua tetamu terkejut dan terharu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pasangan pengantin baharu bersama ibu, bapa dan adik-beradik pengantin perempuan.
Pasangan pengantin baharu bersama ibu, bapa dan adik-beradik pengantin perempuan.

Menurutnya, majlis perkahwinan terdahulu berlangsung di Klang manakala majlis resepsi diadakan di Centrac Boutique Hall, Ipoh dihadiri lebih kurang 600 orang dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai.

Selain persandingan, pasangan mempelai juga diraikan dengan acara memotong kek.

No Image Caption

Selain daripada majlis resepsi menggunakan adat Melayu, Thamayanthi juga ada berkongsi video upacara tradisional mengikut adat India.

Majlis penuh warna-warni itu bukan sahaja memenuhi hajat seorang ibu yang telah lama dipendam, malah menjadi simbol perpaduan budaya yang indah.

Momen bersejarah ini bukan sekadar menyatukan dua hati, tetapi turut menghubungkan dua budaya dalam satu majlis yang penuh kasih sayang dan rasa hormat.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang