Diuji hilang suami, anak serentak, Azura kecewa dituduh tidak amanah. 'Akan guna time slip sebagai bukti tapi tak kesampaian...

No Image Caption
A
A
A

 

SUDAHLAH kehilangan suami dan anak yang ditunggu 15 tahun, ibu, Azura Abd Malek Yaher, 37, dituduh tidak amanah gara-gara pulang ke rumah untuk membawa anaknya ke klinik bagi mendapatkan suntikan imunisasi.

Pembantu tadbir wanita itu menzahirkan rasa terkilan tindakan tersebut dipersoal warganet dan menjelaskan dia terlebih dahulu memberitahu pegawainya untuk tujuan berkenaan.

Dalam menanggung hiba pemergian dua insan tersayang, jiwanya parah dan kecewa dengan dakwaan sesetengah individu yang menyatakan seolah-olah dirinya tidak jujur dalam melaksanakan tugas di Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Azura menjelaskan, dia sudah ada perancangan dan berniat untuk menggunakan surat time slip yang dikeluarkan oleh klinik sebagai bukti.

Namun segalanya tidak kesampaian apabila pulang ke rumah dan mendapati dua beranak itu sudah tidak sedarkan diri.

No Image Caption

“Saya dah maklumkan kepada pegawai yang saya nak bawa anak ke klinik, malah dalam buku biru arwah anak pun ada dicatatkan untuk pemeriksaan susulan dan mendapatkan suntikan tiga bulan semalam,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, warga maya mempertikaikan tindakan Azura yang pulang ke rumah sekitar jam 10 pagi selepas memasukkan kad perakam waktu kerja dan menuduhnya ia bagi membuktikan bahawa dia berada di pejabat.

Perkara itu tercetus selepas adik iparnya, Masturadiana Ibrahim, 33, menceritakan kronologi kejadian bahawa Azura baru pulang dari tempat kerja sebelum dikejutkan dengan insiden berkenaan.

Sinar Harian terdahulu melaporkan seorang bayi lelaki berusia tiga bulan maut dipercayai lemas akibat ditindih tangan bapanya yang terkena serangan jantung di rumah mereka di Kampung Perigi Hang Tuah, Duyong, Melaka.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 9.30 pagi itu, Azura yang pulang ke rumah dari tempat kerja untuk membawa anak bongsu daripada tiga beradik itu, Muhammad Nur Danial Nuruleffendy, mendapatkan suntikan bayi di klinik kesihatan.

No Image Caption

Bagaimanapun, ketika itu Muhammad Nur Danial didapati berada di bawah lengan suaminya, Nuruleffendy Ibrahim, 35, yang ketika itu dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Bedah siasat ke atas jasad Muhammad Nur Danial menunjukkan kecederaan pada bahagian paru-paru. Kecederaan itu mungkin disebabkan situasi tertindih yang menyukarkan bayi terbabit bernafas.

Sementara itu, bedah siasat terhadap Nurul Effendy pula mendapati terdapat satu sumbatan dan dua injap jantung tertutup, namun tiada sebarang kecederaan lain pada tubuh arwah.

Ia iklasifikasikan sebagai 'Ischemic Heart Disease' atau penyakit serangan jantung.

Sumber: Sinar Harian

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang