Telefon Nur Farah Kartini ditemukan dalam parit. Abang maklum adik bongsu bakal dikebumikan di Pekan, Pahang

No Image Caption
A
A
A

SYUKUR Alhamdulillah, telefon bimbit dipercayai milik Nur Farah Kartini Abdullah, 25, ditemukan dalam parit, berhampiran lokasi mayat mangsa ditemukan di Kampung Sri Kledang, Felda Gedangsa, Hulu Selangor.

Telefon berkenaan yang merupakan bahan bukti terpenting ditemui sekitar jam 12.20 tengah hari, kira-kira selepas lebih sejam unit siasatan forensik sub akuatik Polis Diraja Malaysia (PDRM) memulakan pencarian dalam air.

Sebelum itu, suspek yang disyaki terlibat kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu dibawa ke lokasi berkenaan sekitar jam 11.40 pagi.

Lelaki berusia 26 tahun berpakaian lokap berwarna oren serta bergari berada di lokasi sekitar lima minit dengan dikawal ketat anggota polis.

No Image Caption

Operasi pencarian bahan bukti melibatkan PDRM dari unit siasatan forensik sub akuatik serta Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Kubu Baharu serta dibantu bomba sukarelawan Felda Gedangsa.

Anggota JBPM dilihat mengepam air parit di ladang kelapa sawit sebelum unit forensik memulakan pencarian dalam air sekitar jam 11 pagi.

Mayat Nur Farah Kartini yang hilang sejak 10 Julai lalu, ditemui pada Isnin, dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

Rentetan daripada itu, suspek merupakan seorang anggota polis ditahan bagi membantu siasatan.

Baca juga: 'Kepulangan kami nantikan tapi ALLAH lebih sayang Farah.' Abang dedah adik tak pernah kongsi masalah, bapa suspek reda ujian

Baca juga: 'Hilang di Tanjung Malim, ditemui di Hulu Selangor.' 6 hari tanpa jejak, Nur Farah Kartini ditemukan tak bernyawa, berikut kronologi tragedi

Baca juga: 'Cukup jadi sederhana dan lihat siapa yang dapat menerima kita apa adanya,' hantaran Thread terakhir Nur Farah Kartini jadi perhatian warganet

Baca juga: Keputusan bedah siasat Nur Farah Kartini belum muktamad. Telefon bimbit bahan bukti & petunjuk kes sedang dikesan

No Image Caption

Ketika ini proses mencari bahan bukti lain seperti masih dijalankan.

Difahamkan, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan dijangka tiba di lokasi ini dalam masa terdekat bagi mengadakan sidang media.

Sementara itu, abang Nur Farah Kartini Abdullah, Mohd Fariza Amir Abdullah, 28, jenazah adik bongsunya itu dijangka dikebumikan di Pekan, Pahang selepas dituntut ahli keluarganya pada Rabu.

No Image Caption

Bagaimanapun berkata, butiran lokasi sebenar akan dimaklumkan semula selepas ini.

Difahamkan, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan dijangka tiba di lokasi ini dalam masa terdekat bagi mengadakan sidang media.

Sumber: Sinar Harian 1,2

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang