Faisal Halim, Nur Syazwani bercerai talak dua, ikatan perkahwinan enam tahun terlerai 

No Image Caption
A
A
A

PEMAIN Selangor FC, Faisal Halim dan isteri, Nur Syazwani Mizuana Shahril dilaporkan sah bercerai talak dua, pada Jumaat.

Memetik Mstar, peguam yang mewakili Faisal, Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor telah membuat pengesahan lafaz cerai kedua-dua pihak.

Mahkamah mengesahkan talak dua jatuh selepas berlaku dua kali perceraian.

Dimaklumkan, talak pertama berlaku pada 11 Jun lalu, namun pada hari sama pasangan itu rujuk dan perkara itu telah disahkan mahkamah.

Ia kemudian disusuli lafaz talak yang kedua pada 10 November baru-baru ini yang juga telah disahkan mahkamah.

Akberdin memaklumkan Nur Syazwani kini sedang menjalani tempoh idah selepas perceraian iaitu sehingga 10 Januari hadapan.

Beliau juga memaklumkan perbincangan mengenai hak jagaan anak dan pembahagian harta sepencarian masih berjalan bersama peguam Nr Syazwani.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

"Setakat ini, saya sudah menyerahkan cadangan penyelesaian dalam bentuk tulisan berkenaan hak jagaan anak dan harta sepencarian kepada peguam Syazwani.

"Saya dimaklumkan peguamnya akan meneliti terlebih dahulu sebelum masing-masing mencapai kata sepakat. 

"Difahamkan mereka menyambut baik cadangan yang kami berikan," katanya.

Imbas kembali 2 September lalu, Nur Syazwani memfailkan permohonan cerai terhadap Faisal di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor selepas enam tahun mendirikan rumah tangga. 

Bagaimanapun beberapa hari kemudian, masing-masing dilihat memuat naik foto bersama memberi gambaran hubungan yang retak kembali pulih.

Namun pada 10 November lalu, wanita berusia 26 tahun itu dilihat memberi bayangan rumah tangganya sedang goyah.

Sekadar rekod, Penjaring Gol Terbaik Piala Asia 2023 itu berkahwin dengan Nur Syazwani, pada 9 Mac 2019 selepas empat bulan perkenalan.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Sumber: mStar

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang