Gadis nahas dig!l!s treler ketika ke gerai keluarga, raungan ibu meruntun hati. Hantaran laman sosial jadi perhatian, 'from ALLAH, for ALLAH, to ALLAH...'

REMUK hati ibu menyaksikan anak perempuannya tidak lagi bernyawa di depan mata dalam keadaan menyayat hati!
Menerusi sebuah video tular, wanita berkenaan tidak dapat menahan kesedihan meraung menyaksikan anak perempuannya, Nurnie Alisya Mohamed Noor, 15, yang menjadi mangsa nahas selepas digilis sebuah treler dalam kemalangan di Jalan Tangga Batu, Melaka.
Lebih memilukan, Allahyarham Nurnie Alisya dikatakan menunggang motosikal dalam perjalanan ke gerai jualan nasi kerabu milik keluarga yang terletak sangat dekat dengan lokasi mautnya.

Seolah-olah dapat merasakan ajal yang bakal menjemput, menerusi laman sosial TikTok, Allahyarham dikatakan banyak membuat hantaran 'repost' berkaitan kematian.
Salah satu yang mendapat perhatian ialah grafik memaparkan perjalanan manusia 'from ALLAH, for ALLAH, to ALLAH.'
Warganet menerusi ruangan komen meluahkan simpati dan mengucapkan takziah dan mengakui hantaran berkenaan bukan secara kebetulan.

"Sedihnya repost dia lima hari lalu. Al-Fatihah semoga tenang di sana."
"Repost dia semua pasal meninggal"
"Baju raya last minute rupanya baju raya terakhir. Al fatihah. Salam takziah buat keluarga arwah."
"Takziah buat keluarganya."

GAGAL MEMOTONG
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, berdasarkan siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal ditunggang Allahyarham Nurnie Alisya dari arah kiri jalan memotong treler dari arah Tangga Batu menghala ke Ayer Keroh.
Setiba di lokasi motosikal mangsa memotong treler namun berlaku pelanggaran antara kedua-dua kenderaan itu hingga menyebabkan motosikal mangsa digilis kenderaan berat tersebut.

"Mangsa yang tidak lagi bersekolah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya.
Ujarnya, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan Pol 61 telah dikeluarkan bagi mengetahui punca kematian.
"Siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 termasuk mengesan saksi bebas dan kenderaan terbabit ditahan untuk pemeriksaan di Puspakom,” katanya.
Takziah diucapkan buat keluarga Allahyarham Nurnie Alisya, al-Fatihah.
12 LANGKAH MEMOTONG DENGAN SELAMAT
Ikuti panduan yang dikongsikan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tentang cara memotong kenderaan hadapan dengan betul;
Menurut JPJ, sebelum anda, tiga perkara penting berikut dipastikan:
1. Mengetahui kelajuan dan keupayaan kenderaan sendiri.
2. Boleh menilai kelajuan kenderaan yang hendak dipotong dan juga trafik yang datang dari arah bertentangan.
3. Sentiasa memotong dari sebelah kanan.
Selain itu, 12 langkah ini perlu dilakukan semasa memotong.
1. Tanyakan pada diri adakah perlu memotong
2. Tunggu
3. Perhatikan di hadapan
4. Perhatikan di belakang
5. Beri isyarat ke kanan
6. Bergerak ke kanan
7. Lajukan kenderaan
8. Tekan hon
9. Beri isyarat ke kiri
10. Bergerak ke kiri
11. Matikan isyarat
12. Kembali kepada kelajuan asal
Sumber: TikTok, Sinar Harian
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang