Ismanira diarah ke Penjara Wanita Kajang serta-merta, bapa Zayn Rayyan menjerit ke arah pegawai penyiasat. 'Semoga kamu dilaknat!' 

No Image Caption
A
A
A

SUASANA tegang menyelubungi Mahkamah Sesyen Petaling Jaya  apabila bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin gagal mengawal perasaan.

 Zaim Ikhwan Zahari, 30, dilihat menjerit ke arah pegawai penyiasat sejurus selepas isterinya, Ismanira Abdul Manaf, 30, diperintah menjalani hukuman  lima tahun serta-merta di Penjara Wanita Kajang.

“Semoga kamu dilaknat!” jeritnya ke arah pegawai penyiasat kes kematian anak mereka itu.

Memetik Sinar Harian, beberapa ahli keluarga terpaksa menenangkan bapa kepada dua cahaya mata itu sebelum membawanya keluar dari kamar mahkamah menuju ke lokasi sidang media.

Bagaimanapun, emosi memuncak apabila ibu Zaim Ikhwan turut meluahkan ketidakpuasan terhadap pegawai polis yang mengendalikan siasatan cucunya dua tahun lalu.

“Puaslah kau, botak!” katanya dalam nada marah sebelum beredar dari kawasan mahkamah.

Dalam prosiding pagi ini, Hakim Dr Syahliza Warnoh menolak permohonan Ismanira untuk menangguhkan hukuman penjara sementara menunggu rayuan, dengan alasan tiada faktor istimewa yang boleh membolehkan penangguhan diberikan.

Ismanira dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun dan menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam dalam tempoh enam bulan.

Artikel Berkaitan:

Pemergian Zayn Rayyan pada 6 Disember 2025 merobek hati rakyat Malaysia. Si kecil autistik itu ditemukan meninggal dunia berhampiran anak sungai di Damansara Damai mengalami pelbagai kecederaan termasuk kecederaan di leher dan badan kanak-kanak itu termasuk mati dijerut, dubur koyak, lelangit lebam dan mulut dimasukkan benda asing secara paksa.

Sumber: Sinar Harian

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang