Isteri hidap kanser kini menunggu masa, Cikgu Din tak dibenar tukar ke Semenanjung akhirnya diberi cuti. Sebaknya baca!

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

YA ALLAH kasihan sungguh membaca cerita Izzuddin Izhar atau Cikgu Din ini. Kisahnya mengenai tanggungjawab, tugas dan cinta beliau kepada isteri.

Mengajar beribu batu di Sarawak sedangkan isteri bertarung nyawa melawan kanser di Kelantan, perkongsian rakan Cikgu Din, 34, Harima Abdul Rahman membuatkan netizen menitiskan air mata.

No Image Caption

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Si isteri Nur Atiqah My Yusoff, 30, yang menghidap kanser tulang rawan (Mesenchymal Chondrosarcoma) sejak November tahun lalu sedang menerima rawatan kemoterapi di sebuah hospital sekitar Kelantan. Namun Cikgu Din mengajar subjek Pendidikan Islam di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ming Wok, Kanowit, Sarawak.

Tangkap layar hantaran berkenaan Cikgu Din yang tular di laman sosial X.
Tangkap layar hantaran berkenaan Cikgu Din yang tular di laman sosial X.

Kanser Nur Atiqah disahkan sebagai agresif dan sudah berada di tahap empat dan atas faktor itu, doktor menyarankan agar Cikgu Din sentiasa berada di sisi kerana jaminan untuk Nur Atiqah untuk bertahan lama terlalu tipis.

Berulang alik Sarawak-Kelantan setiap dua minggu sekali akhirnya memakan diri pendidik itu apabila beliau pula disahkan tekanan mental atau major depressive disorder (MDD) dan memerlukan rawatan.

Artikel Berkaitan:

Lebih memburukkan keadaan, permintaannya untuk berpindah tidak diluluskan Kementerian Pendidikan (KPM) atas dengan alasan tempoh perkhidmatannya yang belum mencecah tiga tahun.

Nor Atiqah My Yusoff (Kredit foto: Getaran)
Nor Atiqah My Yusoff (Kredit foto: Getaran)

Simpati dengan nasib Cikgu Din, beribu-ribu hantaran tular hashtag #justiceforcikgudin sebagai tanda solidariti netizen kepadanya.

Malah hantaran Harima mengenai keadaan terkini tahap kesihatan isteri Cikgu Din dan surat pengesahan hospital dikongsikan lebih 37,000 perkongsian.

Penulis bersyukur dengan perkembangan terkini, apabila KPM melaksanakan tindakan segera kepada Cikgu Din dengan memberikan beliau cuti untuk berada bersama isterinya.

No Image Caption

"KPM prihatin mengenai situasi seorang guru yang sedang diuji dengan masalah kesihatan isterinya.

"Tindakan segera untuk memberi bantuan sedang diambil. Guru berkenaan telah diberikan cuti untuk berada bersama-sama dengan isterinya," menurut kenyataan itu.

Katanya, satu pertemuan dengan guru berkenaan akan diadakan dalam waktu terdekat bagi membincangkan mengenai kebajikan dan lain-lain perkara.

"KPM mendoakan kesembuhan isteri guru berkenaan dan akan memastikan kebajikan dia dan keluarga terpelihara," katanya.

Warga maya tidak henti mendoakan Cikgu Din agar impiannya untuk bertukar ke Semenanjung akan terlaksana. Tidak kurang yang berharap kesihatan Nur Atiqah semakin pulih.

"Harap Cikgu Din diberi peluang menjaga isteri dan anaknya yang masih baby. Takkan nak tunggu cukup tiga tahun baru boleh pindah."

"Moga ada budi bicara dan perikemanusiaan dalam kes Cikgu Din ini. Memanglah cuti sebab Cikgu Din sudah apply sebelum ini. Beliau minta ditukar ke sekolah berdekatan dengan isteri yang sakit."

"Sudah viral baharu bertindak. Moga dipermudahkan urusan Cikgu Din."

Sumber: Bernama, X, Astro Awani

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang