'Dia satu-satunya kakak saya' - Luahan adik Zizi Kirana undang sebak
ADIK aktivis misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GBF) dan penyanyi, Zizi Kirana iaitu Nurul Nazielah sempat menitipkan luahan dipercayai sebelum memasuki zon kuning perairan G4z4.
Nurul Nazielah menerusi Threads sempat berkongsi tangkap layar story kakaknya yang meninggalkan beberapa pesanan yang menyentuh hati.
Nurul Nazielah turut meluahkan kasih sayang yang sangat mendalam terhadap kakaknya. Malah beliau tidak ketinggalan mengesan kedudukan Zizi dan konvoi GSF menerusi tracker.
"Kau adalah darahku, kau adalah jantungku, kau adalah hidupku.
"Kami jarang meluahkan perasaan antara adik-beradik di media sosial. Tapi kepergiaan Kak Zizi ke G4z4 saya jadi lebih emosi. Setiap hari tengok tracker dan bertanya dalam grup.
"Tiada siapa yang tidak risau, dia satu-satunya kakak saya. But end of the day semuanya ALLAH yang pegang.
"Ya Rabb. Seluruh hamba-hamba-MU mendoakan Global Sumud Flotilla dapat menyelesaikan misi mereka dengan selamat. Kita sama-sama doa okay semua," kongsinya.
Sementara itu, wanita itu turut berkongsi tangkap layar story Zizi buat dirinya.

"Ini adik perempuan, anak kedua selepas saya. Jika apa-apa berlaku kepada saya, dialah yang akan menggantikan tempat saya sebagai kakak sulung.
"Kakak Ela terima kasih untuk kasih sayang sejak kecil bersama-sama. Kita tidak pernah gaduh. Tak boleh berpisah, kalau berpisah sekejap pun mesti menangis.
"Saya tahu kamu seorang wanita yang sangat kuat, walaupun kadang-kadang boleh menjadi sedikit emosional.
"Jaga diri kamu dan keluarga kita dengan baik. Jadilah contoh yang baik untuk adik-adik kita dan tolong jaga Ibu.
"Berilah kasih sayang tanpa syarat kepada ibu dan adik-adik. Semoga ALLAH sentiasa melindungi kamu semua dengan rahmat dan kasih sayang-NYA. Saya sangat menyayangi kamu, Kakak Ela," coret Zizi.
Zizi terdahulu meninggalkan Malaysia pada penghujung Ogos untuk menyertai misi kemanusiaan ke G4z4.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
