Kejam! Kronologi isteri dikelar sebelum dilemaskan, suami sorok mayat 4 hari. Anak tuntut hukuman setimpal
TERGAMAKNYA! Itu perkataan yang terpacul dari mulut penulis selepas mengikuti kes ini. Seorang suami menyimpan mayat isterinya selama empat hari selepas membunuh wanita tersebut di Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Difahamkan, perbuatan suspek berusia 28 tahun itu terbongkar selepas dia sendiri membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan pada pagi Khamis.
Berikut kronologi tragis yang menimpa Khairul Safinah Ishak, 44, yang dipercayai dibunuh suami:
1-Kejadian dilaporkan berlaku di kediaman mereka di tingkat dua sebuah pangsapuri di Jalan Tuna.
2- Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, mayat wanita berusia 44 tahun itu ditemui dalam keadaan terlentang lengkap berpakaian di atas tilam di salah sebuah bilik di rumahnya.

3-Pasukan forensik telah mengambil beberapa sampel termasuk menjumpai pisau yang dipercayai digunakan suspek untuk membunuh isterinya.
4-Bapa mangsa Ishak Man, 76, menantunya berusia 28 tahun memberitahu masalah cemburu yang dialami dan tidak suka orang lain (lelaki) bercakap dengan anak perempuannya itu.
5-‘Saya minta maaf, ayah.’ Suspek yang merupakan seorang penganggur sempat meminta maaf kepada bapa mentuanya ketika melintasi lelaki itu di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya pada Jumaat.
6-Ujian air kencing ke atas lelaki itu juga negatif dadah dan polis kini sedang melengkapkan siasatan kes itu untuk tindakan seterusnya.
7-Jenazah wanita itu, Allahyarham Wan Khairul Safinah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Suka Menanti, Alor Setar pada Jumaat.
Mangsa dikelar sebelum dilemaskan - Pakar patologi

Lebih memilukan apabila Pakar Perunding Patologi Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Zahari Noor mengesahkan kematian wanita berusia 44 tahun dipercayai akibat dikelar dengan pisau terlebih dahulu sebelum dilemaskan oleh suaminya.
Difahamkan, hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami satu luka hirisan pada bahagian hadapan leher selain tanda-tanda sesak nafas.
Memetik laporan Awani, kecederaan itu berkemungkinan disebabkan oleh pemotong kertas. Meskipun tidak dalam, ia mengakibatkan pendarahan.
Difahamkan, tindakan menghiris itu dilakukan sebelum mangsa lemas atau asphyxia.
Hasil bedah siasat juga mendapati mangsa meninggal dunia kira-kira empat hari ditemui.
'Saya mahu hukuman setimpal' - Anak
'Ini perkahwinan ketiga arwah mama, mula-mula sahaja bahagia'

Demikian luahan anak Allahyarham Khairul Safinah, Ezlyn Ilyana Hardiha Shayrin Yezral, 26.
Ujarnya bapa tiri daripada perkahwinan ketiga ibunya itu awalnya baik sehingga tidak bekerja beberapa bulan lalu.
“Selepas kahwin baharu ini (perkahwinan ketiga), awal-awal semua baik sebab suami bekerja.
“Cuma dalam masa beberapa bulan selepas suaminya tidak bekerja, bila tiada duit, pergaduhan mula terjadi,” katanya.
Ezlyn turut meluahkan harapan agar hukuman setimpal dikenakan terhadap suspek.
“Saya nak hukuman yang setimpal. Kalau setakat penjara beberapa puluh tahun, tidak sebanding dengan apa yang dia buat,” katanya.
Sempat mengimbas kembali komunikasi terakhir dengan ibunya, Ezlyn sayu berkata, mereka berdua sempat berhubung pada Isnin lalu.
“Biasanya kalau hantar WhatsApp, arwah mama suka hantar nota suara dan kami biasanya bercakap macam biasa sahaja. Kali terakhir saya terima mesej dia adalah Isnin lalu,” ujarnya dalam nada sebak.
Pemergian ibu itu meninggalkan empat lagi anak iaitu Mohamad Daniel, 25; Ezryn Fydiana Balqis, 23; Rikhwan Fariez Dharwish, 16; dan Ridhwan Aizs Daim, 15.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

