'Panggil datang rumah, diminta bayar RM3,000.' Lelaki ini dipukul setengah mati lima hingga tujuh individu, warganet mahukan keadilan!
TULAR di laman sosial video memaparkan remaja lelaki dipukul sekumpulan lelaki menimbulkan pelbagai persepsi dalam kalangan warganet.
Menerusi empat video dimuat naik di laman sosial, mangsa yang memakai kemeja-T dan seluar denim berona gelap dipukul tanpa belas kasihan meronta-ronta menahan kesakitan dengan hidungnya turut kelihatan berdarah.
Menurut laporan Sinar Harian, kejadian yang diipercayai berlaku di Johor, itu melibatkan lima hingga tujuh individu hingga mangsa kelihatan lemah dan tidak melawan.
Difahamkan laporan polis sudah dibuat mangsa berhubung kes berbabit. Berikut adalah info yang telah diringkaskan daripadanya:
1-Mangsa yang berada di rumahnya di di Kluang, Johor menerima panggilan telefon daripada seorang wanita dan memintanya untuk menemaninya di sebuah kediaman di Plentong.
2-Setibanya di lokasi berkenaan, mangsa kemudian didatangi tiga lelaki yang tidak dikenali dan salah seornag daripadanya membawa sebilah parang.
3-Selepas itu, mangsa dipukul kumpulan lelaki tersebut dengan kayu dan tangan tanpa diberitahu kesalahannya.
4-Mangsa kemudian diminta membayar RM3,000 tetapi ketika itu dia hanya mempunyai RM500.
5-Motosikal jenis Yamaha ditahan oleh lelaki kumpulan berkenaan.
6-Salah seorang daripada pelaku telah membawa mangsa mendapatkan rawatan di sebuah poliklinik.
7-Dia kemudian telah dihantar ke rumah rakan di Taman Mount Austin, Johor.
8-Kejadian berkenaan mengakibatkan kecederaan iaitu luka pada bibir melibatkan tiga jahitan, enam jahitan pada telinga kirim bengkak pada dada dan bahagian belakang badan.

7-Motosikal mangsa diambil oleh pelaku.
Warganet rata-rata mahu keadilan buat mangsa dan menzahirkan rasa kecewa serta marah dengan perbuatan ganas.
Tidak kurang yang menzahirkan empati pada pemuda berkenaan.
"Ganas! Semoga semua pelaku dikenakan hukuman seberatnya."
"Tak sampai hati nak tengok habis. Apapun kesalahan kekerasan tidak boleh menyelesaikan masalah."
"Benda seperti ini dinormalisasikan masa zaman sekolah lagi. Sekolah agama tak terkecuali. Masing-masing nak tunjuk power, pukul orang ramai-ramai. Darah muda dan masalah didikan dari rumah serta pengaruh rakan sebaya jadi punca. Silap-silap budaya samseng masih diteruskan sampai ke tua."
Sama-sama kita doakan siasatan kes ini berjalan lancar dan pelaku mendapat hukuman setimpal.
Sumber: Facebook,Sinar Harian
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
