'Pergi' dalam perjalanan ke surau solat Subuh & seorang penuntut ilmu, video perjalanan terakhir pelajar sekolah ini meruntun hati!

PENGAKHIRAN yang baik adalah impian setiap daripada kita. Kisah pemergian pelajar sekolah berasrama penuh ini begitu menjentik hati warga maya.
Kematian pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah (SM) Sains Banting (Basis), Safiah Nafisah Muddatstsir disifatkan sebagai ‘kematian yang dicemburui’.
Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke surau untuk menunaikan solat Subuh.
Berita pemergian Allahyarham dimaklumkan oleh pihak sekolah menerusi laman Facebook rasmi mereka.

"Dengan penuh rasa hiba dan dukacita, pihak sekolah merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Safiah Nafisah Muddatstsir, pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Sains Banting, yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi Rabu, 7 Mei 2025.
"Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Jenazah akan disemadikan di Presint 20, Putrajaya.
"Salam takziah daripada seluruh warga sekolah. Al-Fatihah," kongsinya.
Menurut sumber, pelajar berusia 14 tahun itu rebah di laluan surau untuk menunaikan solat Subuh.
Hantaran berkenaan menerima lebih 1,000 reaksi daripada warga maya. Sementara itu, video perjalanan terakhir Allahyarham terus meruntun hati.
Artikel berkaitan:
- Rebah ketika rakaat ke-20 solat tarawih, isteri dedah amalan suami tunai tahajud, solat sunat
- Kisah sejadah selit di pinggang ketika marathon, pemergian suami jentik hati warganet
- Hentaman kuat tapi luka hanya pada dagu, guru al-Quran maut kemalangan insafkan warganet. 'Tidak berdarah, dia seperti sedang tidur'

Warganet terutama ibu bapa pelajar Basis terus mengucapkan takziah dan mengakui menitiskan air mata biarpun tidak mengenali sosok pelajar itu.
"Innalillahiwainnailaihirojiun. Salam takziah buat seluruh keluarga anak ini dan warga Basis. MashaaAllah, SubhanAllah, AllahuAkbar...betapa ALLAH meninggikan darjat anak ni. Meninggal ketika menuntut ilmu dan ketika hendak menunaikan solat. Ramai yang solat jenazah dan mengiringinya ke kubur. AllahuAkbar. Apa amalanmu wahai anak?"
"Pergi ketika berjalan hendak tunaikan solat Subuh. Pergi ketika menuntut ilmu. Semoga Allahyarham Safiah ditempatkan di kalangan hamba-NYA yg soleh di syurga Firdaus."

"Sedih rasanya. Tapi dia meninggal dalam keadaan syahid ketika menuntut ilmuinsya-ALLAH."
"walaupun kami tidak mengenalimu tapi airmata ku tidak dapat dikawal. Syurga menantimu sayang. Pemergian yang di cemburui. Al-Fatihah."
Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, beberapa golongan yang diberi pahala syahid akhirat berdasarkan banyaknya hadis sahih yang menyebutkan sebab-sebab kesyahidan (ersebut serta ia merupakan ciri-ciri yang masyhur dalam kalangan para ulama. Antaranya adalah seperti berikut:
- Orang yang mati kerana penyakit berjangkit
- Orang yang mati kerana penyakit perut
- Orang yang mati lemas
- Orang yang mati dihempap bangunan
- Orang yang mati kerana kebakaran
- Orang yang mati kerana dizalimi
- Orang yang mati kerana berkata benar dihadapan pemimpin yang zalim
- Orang yang mati dalam keadaan menuntut ilmu
- Wanita yang mati ketika bersalin
- Orang yang mati kerana mempertahankan agamanya, nyawanya, hartanya dan keluarganya
(Rujuk: Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim, 13/62-63; Fath al-Bari, 6/51-52)
Sumber: Facebook, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang