Perginya wartawan senior Fauziah Rauf pada usia 81 tahun
DUNIA kewartawanan tanah air berduka atas pemergian sosok senior, Fauziah Rauf.
Pada usia 81 tahun, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 1 pagi Ahad, di Hospital Selayang pada Allahyarham yang berusia 81 tahun meninggal dunia akibat pendarahan di kepala.
Menurut nak sulung Allahyarham, Nilly Wahida Omar berkata, sekitar seminggu lalu, ibunya terjatuh di kediaman mereka sebelum dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
“Kami anak-anak berada di sisi emak semasa Allahyarham menghembuskan nafas terakhir. Allahyarham pergi dengan tenang sekali,” kata Nilly.
Allahyarham yang merupakan mantan wartawan majalah Wanita dan penerbit Nilly Publication meninggalkan empat cahaya mata dan 13 cucu.
Sementara itu, Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) Presiden Datuk Khalidah Tengku Bidin menitipkan ucapan takziah dan mengenang pemergian arwah.

"Allahyarham merupakan sosok wartawan wanita yang disegani dan dihormati dalam dunia kewartawanan, industri seni dan hiburan tanah air.
"Beliau bukan sahaja cemerlang dalam penulisan, malah antara wartawan wanita terawal yang berjaya menubuhkan syarikat penerbitan sendiri.
"Sebagai mengiktiraf sumbangan besarnya, Allahyarham telah menerima Anugerah Tokoh Wartawan Berjasa sempena Anugerah Kewartawanan Industri Perfileman Malaysia, (AKIFMA) 2017," kongsinya.
Dalam pada itu, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Fauziah.
Melalui hantaran Facebook, Fahmi menyatakan pemergian Allahyarham Fauziah pasti dirasai warga media yang pernah bekerjasama dengan beliau.
"Semoga roh Allahyarham Fauziah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan para solihin," katanya.
Untuk rekod, arwah Fauziah juga merupakan pengasas dan presiden WHAM semasa persatuan itu diasaskan pada penghujung 1990-an.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
