Raih 10.9 juta view, video suami mengamuk di pasar raya hanya konten? Netizen kecewa adegan lempar makanan

KECOH satu Malaysia kisah pergaduhan suami isteri di pasar raya.
Beberapa video tular di laman sosial menjelang Aidiladha mengundang pelbagai reaksi kurang enak terhadap lelaki yang dikatakan panas baran kerana enggan berbelanja banyak.
Tidak hanya itu, makanan diletakkan di dalam troli dilemparkan, malah bekas yang digunakan itu juga diterbalikkan menyebabkan barangan bertaburan di lantai.
Namun, selepas tular hingga meraih 10.9 juta tontonan, rupa-rupanya itu hanya kandungan media sosial semata.
'Insiden' dipercayai berlaku di Lembah Klang dikatakan sebahagian daripada konten pemasaran pihak pasar raya.

Menurut seorang pengguna TikTok, Edin Komeng yang turut berada di lokasi kejadian berkongsi dipercayai babak belakang tabir menunjukkan pasangan 'suami isteri' itu berbincang dengan pihak pasar raya.
Artikel berkaitan:
Susulan itu, warganet mula menzahirkan rasa kecewa dan kurang senang.
Selain rasa tertipu, masing-masing menyuarakan rasa bimbang jika insiden sedemikian benar-benar berlaku orang ramai tidak lagi mahu membantu.

Ujar mereka;
Tidak sekadar itu, masing-masing tidak enak melihat makanan dilemparkan ke lantai walaupun hanya sebagai babak lakonan.
"Bayangkan jika satu hari kejadian dalam video ni betul-vetul berlaku dan orang tidak ambil pusing atau ambil tahu kerana sangka ia konten."
"And this is the reason, esok lusa benda betul terjadi orang tak nak tolong lagi dah. Marketing menjadi but not funny at all."
"Melampau ya content macam ni. Tidak menghormati makanan."
"Janganlah contohi Konoha campak-campak makanan. Rasanya tidak sesuai content macam ini."
"Maaf cakap, saya tidak kisah nak buat konten pun tetapi part baling makanan dan tolak troli sampai minyak masak tercampak melampau sangat."
Sehingga artikel ini ditulis, tinjauan SinarPlus mendapati belum ada kenyataan rasmi dibuat pihak pengurusan pasar raya berkenaan mengenai video tersebut.
Sumber: TikTok
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang