'Patut sebelah dia, tapi pilih duduk kanan.' Retak tulang belakang & cedera pinggul, Masyie kongsi pengalaman pilu hilang 3 rakan UPSI

No Image Caption
A
A
A

MANGSA kemalangan tragis melibatkan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Wan Nor Masyitah Wan Hussin, 21, menceritakan pengalamannya.

Terselamat dalam tragedi maut pada 9 Jun lalu, penuntut Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam itu sempat berkongsi pengalamannya melalui detik hitam yang meragut nyawa tiga sahabat.

Wan Nor Masyitah Wan Hussin yang mesra disapa Masyie kini terlantar susulan kecederaan yang serius.

"Saya masih terlantar, tidak boleh bergerak kerana patah tulang paha, tulang belakang dan tulang pinggul retak," katanya.

Dalam kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik pada 1.10 pagi Isnin lalu, bakal ustazah itu sempat mengimbas kembali detik-detik pilu.

No Image Caption

"Saya tercampak (dari tempat duduk) di dalam bas itu (ke bahagian tengah). Saya pengsan sebentar.

"Saya kemudian cuba cari kaca mata untuk tolong kawan yang terhimpit, kerana saya rabun.

Artikel Berkaitan:

"Saya boleh keluar ketika itu tetapi tidak nampak (kerana rabun). Kawan tolong suluhkan lampu dan saya merangkak untuk keluar kerana bimbang bas meletup.

"Ketika itu ramai yang menjerit meminta tolong tetapi saya tidak mampu (untuk tolong) kerana tidak nampak," kongsinya.

Dalam temu ramah bersama Malaysia Hari Ini itu, Masyie kelihatan sebak terkenangkan tiga sahabat yang maut dalam kemalangan tragis itu.

Masyi turut mendedahkan menolak untuk duduk di sebelah rakannya itu memandangkan sudah ada tempat duduk di sebelah kanan bas.

Foto: Ihsan Harian Metro
Foto: Ihsan Harian Metro

"Kawan saya ramai yang meninggal. Rakan sekelas yang juga teman rapat seramai tiga orang.

"Kawan saya itu yang 'chupkan' tempat untuk saya di sebelahnya tetapi saya kata saya sudah ada tempat di sebelah kanan bas," katanya kelihatan sayu.

Warganet menzahirkan rasa pilu mendengar perkongsian Masyie.

"Sepatutnya saya duduk di sebelah dia, tapi saya pilih duduk kanan". Ya ALLAH."

"Dia cakap kawan dia yang meninggal ada tanda tempat duduk untuknya tapi dia menolak sebab dah ada tempat lain, Asbab terselamat dia dari maut."

"Nampak botol nama Masyie dan spek dia. Kasihan mereka masih trauma."

Memetik portal TRDI.my, Masyie perlu menjalani pembedahan yang dianggarkan menelan kos sebanyak RM27,000.

Kos pembedahan Masyie yang merupakan salah seorang daripada enam Exco Persatuan Mahasiswa Terengganu (PERMATA) ditanggung oleh kerajaan Terengganu.

Sumber: TikTok MHITV3, TRDI.my

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang