Terima mangga hadiah perpisahan daripada murid anak yatim, guru besar ini menangis hari terakhir. 'Juraian air mata saksi kasih sayang'

No Image Caption
A
A
A

SEKOLAH ibarat rumah kedua bagi murid manakala para guru pula bagaikan ibu ayah yang mendidik dan menjaga.

Erat ikatan bagaikan keluarga, tidak hairanlah ada murid yang menitiskan air mata tatkala terjadinya perpisahan mahupun persaraan.

Seperti murid Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Marang, Marang, Terengganu ini yang sebak dan sayu pada hari perpisahan guru besar sekolahnya.

No Image Caption

Menerusi video tular yang dimuat naik Zamri Mat KL, murid Tahun Enam itu sempat memeluk pentadbir sekolah itu semasa sesi bersalaman sambil menghamburkan air mata.

"Juraian air mata menjadi saksi kasih guru besar dan perasaan sayang daripada anak-anak SK Seberang Marang yang dipupuk sepanjang enam tahun perkhidmatan mengiringi hari perpisahan di dewan yang mulia D'Sbrang pada tanggal 7 Ogos 2024," kongsinya.

Saling berpelukan,guru besar, Cikgu Zakaria Omar dilihat meluangkan masa lebih lama dengan murid yang berstatus anak yatim itu.

Lebih menyentuh hati, pelajar berkenaan sempat memberikan hadiah yang cukup sederhana tetapi bermakna kepada guru kesayangannya itu.

Artikel Berkaitan:

"Kisah seorang anak yatim memberikan hadiah seadanya, beberapa biji buah mempelam sebagai hadiah kerana dia tahu itulah buah kegemaran mantan guru besar yang disayangi," kongsi Zamri.

No Image Caption

Sebak menyaksikan perkongsian itu, warganet meluahkan ia adalah bukti keikhlasan guru berkenaan dalam mendidik dan menyantuni pelajarnya.

Ujar mereka:

"Mesti guru besar ini mempunyai sifat seorang ayah dalam mendidik.

"Jarang sekali murid akan menangisi pemergian seorang guru besar.

"Mabrukk buat guru besar tersebut."

No Image Caption

"Tentu guru besar ini luar biasa, kerana sangat disayangi murid-muridnya."

"Allahuakbar, bukan setakat kasih sayang seorg guru kepada murid tetapi seperti kasih ayah pada anak-anaknya

"Mesti sangat baik guru ini. Jarang budak-budak rapat dan sayang guru besar.Tahniah cikgu, the real pendidik."

"Sebaknya. Orang baik memang ramai yang sayang."

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang