Tunku Azizah lakar sejarah, sampaikan syarahan di universiti berpestij Oxford
TENGKU Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, melakar sejarah apabila buat pertama kali menyampaikan syarahan di universiti terkemuka dunia, Universiti Oxford, United Kingdom.

Memetik hantaran di laman sosial Facebook Kesultanan Pahang, Permaisuri Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu membentangkan syarahan bertajuk ‘Pahang: Warisan Perlembagaan dan Maritim Melayu-Islam Yang Dilupakan’ pada jam 9.45 pagi waktu tempatan.

Syarahan yang disampaikan di St Antony's Collage itu berkaitan peranan Pahang sebagai sebuah tamadun berdaulat yang memiliki tradisi perundangan tersusun sejak ratusan tahun lalu.
"Syarahan Paduka Baginda turut berkisar mengenai Pahang sebagai sebuah kekuatan ketamadunan, berilmu, berperundangan dan bercahaya, bukan tinggalan nostalgia tetapi nadi bertulis dunia Melayu-Islam yang berdaulat, satu penakrifan semula ilmiah terhadap sejarah perlembagaan dunia," kongsinya.

Keberangkatan baginda turut diiringi puteri bongsu, Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah.
Sekadar info, Universiti Oxford adalah universiti berprestij dan berada di ranking keempat dunia.
Sumber: Facebook
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
