Zara Qairina dimasukkan dalam mesin basuh hanya spekulasi menambah kesedihan. 'Kronologi itu bukan dari anak guam kami'

No Image Caption
A
A
A

SPEKULASI liar mengenai insiden tragis yang meragut nyawa kanak-kanak perempuan, Zara Qairina, terus menular di media sosial sehingga mengundang kekeliruan dan kesedihan dalam kalangan masyarakat. 

Terbaharu, dakwaan bahawa mangsa dimasukkan ke dalam mesin basuh dinafikan sekeras-kerasnya oleh pihak peguam keluarga, yang menyifatkannya sebagai naratif tidak berasas serta tidak datang daripada anak guam mereka.

Menerusi kenyataan, peguam Hamid Ismail dan Shahlan Jufri tampil dengan merungkai kekeliruan susulan penularan beberapa video and gambar berkaitan dengan kes Zara.

No Image Caption

"Video seorang wanita menceritakan tentang Zara dimasukkan ke dalam mesin basuh adalah satu spekulasi. Anak guam kami, iaitu ibu Zara, tidak pernah memberi maklumat sedemikian kepada sesiapa. Kami memohon wanita berkenaan menyalurkan maklumat itu kepada polis bagi tujuan siasatan. 

"Penyebaran gambar kronologi yang menggambarkan Zara hanya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 1 pada jam 8.00 pagi pada 16 Julai 2025 juga adalah satu spekulasi. Maklumat yang membentuk kronologi itu bukan datang dari anak guam kami," kongsinya.

No Image Caption

Sementara itu, penyebaran foto dan nama pelajar yang dikaitkan dengan kes Zara juga turut dijelaskan menyalahi undang-undang.

Artikel Berkaitan:

"Penyebaran gambar para pelajar sekolah di platform-platform media massa dan membuat kenyataan yang negatif terhadap mereka adalah satu kesalahan jenayah di bawah seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001, dan seksyen 211 dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Penyebaran senarai nama pelajar-pelajar sekolah yang mengandungi maklumat peribadi mereka juga adalah satu kesalahan jenayah di bawah seksyen 130 Akta Perlindungan Peribadi 2010 dan seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," kongsinya.

Peguam Hamid dan Shahlan memohon agar penularan foto, gambar dan nama para pelajar di semua platform media sosial dihentikan segera. 

"Kepada mereka yang telah melakukan penyebaran di atas, kami memohon agar memadam video dan gambar tersebut. Spekulasi hanya menambah tekanan dan kesedihan kepada anak guam kami.

No Image Caption

"Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkenaan kes Zara diminta untuk menyalurkan maklumat tersebut kepada polis untuk tujuan siasatan," kongsinya.

Terdahulu, Zara Qairina Mahathir, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolah pada malam 16 Julai 2025 sekitar pukul 4 pagi.

Zara dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I di Kota Kinabalu dan disahkan meninggal dunia pada keesokan harinya, 17 Julai 2025. Tidak dilaporkan sebarang lebam atau kecederaan luaran yang konsisten dengan kesan jatuh dari tingkat tiga bangunan asrama.

Ibu Zara, Noraidah Lamat, memohon agar kubur Zara digali semula bagi membolehkan bedah siasat dijalankan sebelum pengebumian. Mereka turut menuntut diadakannya inkues di bawah Seksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah sebagai usaha menuntut keadilan.

Sumber: Facebook Marhamah Rosli

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang