PADA pertengahan tahun 2000, lambakan kafe hipster semakin mendapat perhatian di Malaysia. Pertaruhan konsep dari aspek perabot, perhiasan dengan reka bentuk premis yang menyuntik elemen vintaj, pantas menarik perhatian pelanggan untuk datang bertamu.

Namun begitu, di Comfyzone yang terletak di Puncak Alam, Selangor premis itu bukan sekadar mempertaruhkan desain yang menarik pandangan mata malah sajian yang ditawarkan  cukup menambat rasa.

Pemiliknya, Zawari Yahya Udni berkata, Comfyzone yang beroperasi sejak tahun 2017, semakin mendapat perhatian ramai para pelanggan dari sekitar Lembah Klang untuk mengisi perut di samping merasai suasana yang selesa tatkala berada di meja makan.

“Di Comfyzone, kami menerapkan rekaan industri dengan kemasan palet kayu. Untuk kulinari pula, kami mengetengahkan olahan masakan Asia Barat mengikut cita rasa orang Melayu,“ katanya ketika ditemui Sinar Plus di premisnya di Puncak Alam baru-baru ini.

hipster
MENU menarik di Comfyzone termasuklah stew kambing yang rasanya lain daripada lain.

Ditanya apakah signatur sajiannya, Zawari yang merupakan anak kelahiran Selama, Perak berkata, menu mi daging, kambing bakar dan stew kambing antara yang memperoleh permintaan luar biasa daripada orang ramai.

“Kalau nak tahu, mi daging kami menggunakan kuah ala bolognese yang pekat. Sedap atau tidak? Kenalah cuba rasa sendiri,“ katanya berseloroh.

Selain itu, Comfyzone turut menyediakan lebih 20 menu pasta dan 30 variasi minuman yang bersaiz standard dan jumbo bermula pada harga RM4.50 hingga RM55.

Minuman yang menarik perhatian penulis di situ ialah teh hijau dan teh Thai asli.

Ujar Zawari lagi, premisnya juga tidak ketinggalan menyediakan makanan pencuci mulut.

“Menu bertingkat kami yang dinamakan Tower Comfyzone mengandungi 10 jenis makanan pencuci mulut, pilih sahaja ikut kesukaan,“ ujarnya.

hipster
SELAIN mee daging, menu signatur selain kambing bakar menjadi pilihan Comfyzone.

Mengenai harga setiap menu, jangan risau kerana ia berbaloi dengan apa yang disajikan.

Kepada Sinar Plus, pengusaha itu berkata, pihaknya sentiasa cuba memasak menu baharu setiap bulan bagi memenuhi kehendak dan selera pelanggan.

Bakal membuka cawangan di mana-mana? Jawab Zawari: “Insya-ALLAH jika diizinkan saya mahu membuat francais makanan signatur atau jenama Comfyzone secara meluas di seluruh negara.“

Selain Comfyzone, Sinar Plus turut menjelajah di beberapa lagi destinasi kafe hispter yang viral menerusi media sosial.

Ada yang memberi pandangan bahawa kunjungan mereka ke lokasi-lokasi sebegitu atas faktor makanan dan tidak kurang juga yang mendambakan suasana yang nyaman untuk lepas bersama rakan-rakan dan ahli keluarga. Berikut ialah empat kafe hipster sekitar Selangor dan Kuala Lumpur yang menjadi pilihan.

hipster
GOLDEN nugget dengan isi durian D24 menjadi menu kegemaran pengunjung Botanica + Co.

BOTANICA & CO

Alamat: 8, Jalan Kerinchi, Bangsar South, Kuala Lumpur.

Waktu operasi: 9.30 pagi sehingga 12 malam

Sajian signatur: The Botanica Laksa

Harga: RM9 sehingga RM48

Instagram: @botanica.co

Facebook: Botanica+Co at Bangsar South

hipster
MENU unik, squid ink spaghetti sauce yang perlu dicuba di Naj & Belle Bangsar.

NAJ & BELL BANGSAR

Alamat: 99L, Jalan Tandok, Bangsar Kuala Lumpur.

Waktu operasi: 10 pagi sehingga 10 malam

Sajian signatur: kek tembikai laici dan Naj Big Breakfast

Harga: RM5.30 sehingga RM65.80

Iklan

Instagram: @najnbelle

Facebook: Naj & Belle

hipster
HIDANGAN salted egg butter chicken menjadi menu signatur Jibril.

JIBRIL

Alamat: 25, Jalan SS 15/4b, SS 15, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu operasi: 12 tengahari sehingga 12 pagi

Sajian signatur: salted egg butter chicken

Harga: RM2.50 hingga RM22

Instagram: @jibrilss15

Iklan

Facebook: Jibril

hipster
PENGUNJUNG yang datang jauh-jauh boleh menikmati variasi makanan barat dan pencuci mulut yang menyelerakan.

FOODSBURRY SHAH ALAM

Alamat: Foodsbury Cafe @ Wisma Faizazrina 24, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A9/A Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor.

Waktu operasi: 12 tengahari sehingga 11 malam

Sajian signatur: Almond Salted Caramel Mille Crepe, Spicy Beef Aglio Olio dan set platter

Harga: RM3.90 sehingga RM35

Instagram: @foodsburry

Facebook: Foodsburry