SEJAK tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasa bermula pada 18 Mac lalu, pelbagai ragam individu yang mencuit hati dapat dilihat.

Maklumlah, masing-masing ingin mengisi masa lapang kerana berada di rumah sepanjang masa.

Pelakon muda Mawar Rashid berusia 25 tahun tidak terkecuali. Jika singgah ke laman sosial Instagram beliau @mawarashid, ada sahaja video kreatif yang dikongsikannya.

mawar rashid
NAMPAKNYA, Mawar memiliki kemahiran menghasilkan solekan cantik dan meniru look karakter.

Terbaharu, pemilik nama sebenar, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid itu memuat naik video bertemakan #DONTRUSHCHALLENGE 4 GENERATIONS yang melibatkan nenek, ibu, Mawar dan bayi lelakinya, Raden Muhammad Rafael berusia setahun.

Video berdurasi 59 saat tersebut memaparkan transisi wajah dan penampilan Mawar bersama ibu dan neneknya sebelum dan selepas menggunakan kosmetik lip n cheek serum.

Rata-rata warga net dan selebriti yang melihat video terbabit terhibur dengan keletah dan sikap sporting daripada nenek dan ibu beliau.

mawar rashid
SPORTING nenek (kiri) dan ibu Mawar (tengah) ketika menjayakan video #DONTRUSHCHALLENGE 4 GENERATIONS.

Antara yang meninggalkan komen ialah:
@noradanish: So cute ur grand mother & mother…
@anzalnanasir88: So cute!
@sabella.ig: Keempat-empat generasi comel

Menariknya, selain #DONTRUSHCHALLENGE 4 GENERATIONS, Mawar yang merupakan bekas Dewi Remaja 2014-15 sebelum ini telah memukau hati para pengikutnya dengan sebuah video solekan kreatif.

Bayangkan, daripada raut wajah yang comel wanita berdarah kacukan Melayu-Siam berkenaan mampu mengubah mukanya menjadi watak Professor dalam siri Money Heist.

Guardian Angel!! Professor Money Heist. Pertama kali buat mekap tiru rupa orang lain. Berapa bintang boleh dapat ni?

Iklan

“Mawar memang peminat tegar siri Money Heist. Layan bersama @rafyaakob @arfanrashid @jannanick @dinischatzmann serius ketagih cerita ini,” tulisnya dalam Instagram beliau.

Tambah Mawar, beliau ambil masa lima jam untuk menghasilkan transformasi video berkenaan.

Video solekan transformasi terbabit telah ditonton lebih 523,000 dan meraih 79,403 tanda suka. Wow terbaiklah Mawar, mungkin selepas ini boleh hasilkan look karakter lain pula.

Iklan

 

https://www.instagram.com/p/B_ZXCUojBMN/?utm_source=ig_web_copy_link