BARU-BARU ini, seorang wanita bergelar ibu meluahkan rasa sedih kepada akaun @ConfessTweetMY di laman sosial Twitter.

Wanita itu antara lain meluahkan rasa kecewa terhadap sikap suami yang mungkir janji untuk berhenti merokok.

“Sebelum berkahwin, saya pernah mengugut suami untuk berhenti merokok. Jika dia enggan, saya tidak mahu bernikah dengannya.

“Selepas beberapa bulan mendirikan rumah tangga, suami kembali merokok dengan alasan stres bekerja. Sewaktu hamil, saya ada minta dia untuk berhenti tetapi dia beritahu sukar untuk hilangkan ketagihan tersebut,” katanya.

Kredit foto: Liza Summer

Tambah beliau lagi, dirinya semakin tawar hati dengan lelaki kesayangannya itu yang tidak mempunyai rasa empati terhadap nasib anak.

“Walaupun dia merokok dengan tingkap kereta terbuka, bau masih boleh terperangkap di dalam kenderaan. Saya khuatir, anak akan menerima kesan sampingan asap rokok,” tuturnya.

SinarPlus kemudian menjengah ke ruangan komen. Nampaknya, rata-rata warga maya meluahkan rasa tidak berpuas hati terhadap sikap lelaki berkenaan.

Berikut antara petikan kata-kata warganet:

Kredit foto: cottonbro

“Jangan sesekali percaya kata-kata seorang perokok dan penagih dadah yang janji nak berhenti apabila sudah berkahwin.”

“Suami awak tak pernah berhenti merokok. Dia hanya sembunyikan perkara itu tetapi selepas berkahwin dia tak mampu lagi nak sorok dan akhirnya tunjuk sikap yang sebenar.”

“Bapa saya seorang perokok tegar. Selang dua tahun, saya dimasukkan ke dalam wad kerana asma dan ketika saya berusia 15 tahun, ayah meninggal kerana paru-paru rosak.”

“Peringatan jangan berkahwin dengan perokok.”

“Kalau tak boleh berhenti sekali pun, merokoklah jauh-jauh. Semoga si isteri dan anak itu sihat.”

Baca juga: Kes sakit jiwa di Malaysia semakin merisaukan. Kenali gejala skizofrenia yang jadi penyebab penderita bunuh diri

Kredit foto: cottonbro

Bagi mendapatkan penerangan lanjut tentang kesan terhadap asap rokok kepada individu yang menghirup asap berbahaya itu, SinarPlus merujuk Centers for Disease Control and Prevention (CDC).

Beritahu CDC, setiap tahun Amerika Syarikat mencatatkan sebanyak 34,000 kes kematian yang disebabkan asap rokok yang mana mengakibatkan penyakit jantung dalam kalangan individu tidak merokok.

Berikut fakta lain wajib diketahui ramai seperti yang dikongsikan CDC:

i) Individu yang tidak merokok, tetapi terdedah kepada asap tembakau mempunyai risiko untuk hidap penyakit jantung sebanyak 25 hingga 30 peratus.

Iklan

ii) Individu bukan perokok yang terdedah kepada asap tembakau, akan meningkatkan risiko strok sebanyak 20 hingga 30 peratus dan boleh mengakibatkan lebih 8,000 kematian.

Kredit foto: freestocks.org

Dalam pada itu, Cleveland Clinic menerangkan, asap tembakau yang memenuhi udara sebenarnya lebih beracun daripada asap yang disedut oleh perokok.

Laman perubatan itu menyenaraikan kesan terdedah kepada asap rokok, antaranya:

i) Kanser paru-paru.
ii) Emphysema (kerosakan pada pudi udara halus dalam paru-paru).
iii) Penyakit jantung.
iv) Alahan.
v) Asma.
vi) Bayi berisiko alami pengurangan kapasiti paru-paru.
vii) Boleh alami sindrom kematian mengejut.

Terbukti rokok bukan sahaja membahayakan kesihatan perokok, tetapi juga memberi kesan kepada orang sekeliling.

Buat mereka yang merokok, hentikan amalan yang tidak berfaedah itu. Jika anda tidak mempedulikan kesihatan orang lain, sekurang-kurangnya fikirkan implikasi pengambilan nikotin kepada diri sendiri.

Iklan

Baca juga: Kepala kanak-kanak terhentak di lantai beri implikasi serius. Ini ibu bapa perlu tahu

Baca juga: 3 mitos tentang diabetes yang menjadi punca kes makin tinggi. Ini yang perlu pesakit elak

Kredit foto utama: cottonbro 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi