LAZIMNYA orang akan menganggap sendawa merupakan satu hal yang normal dan bukanlah tabiat yang perlu dibimbangkan.

Masakan tidak, jika kita berjaya mengeluarkan gas di dalam badan, rasa perut yang sebu akan berkurangan. Betul tak?

Merujuk laman portal MyHealth, sendawa didefinisikan sebagai gas yang dilepaskan melalui mulut dengan tindakan refleks secara tiba-tiba.

SENDAWA juga salah satu tanda seseorang mendapat penyakit gastroesophageal reflux (GERD).

Keadaan itu kata laman web berkenaan, akan berlaku apabila perut dipenuhi dengan angin berlebihan yang biasanya ‘hasil’ daripada pemakanan, minuman atau merokok.

Biasanya, adalah normal untuk seseorang individu melepaskan gas dalam badan 15 hingga 40 kali kali setiap hari.

Namun begitu, anda perlu berwaspada jika sentiasa bersendawa pada durasi yang panjang. Mengapa SinarPlus kata begitu? Ini kerana ia merupakan salah satu petanda kesihatan anda mula bermasalah.

Baca juga [VIDEO] Tip paling berkesan buat bayi mudah melepaskan angin. Kembung perut bukan masalah lagi

Laman web kesihatan antarabangsa, Healthline memberitahu, sendawa terlalu kerap boleh menyebabkan seseorang ditimpa penyakit gastroesophageal reflux (GERD).

Apa itu gerd? GERD adalah gangguan yang menyebabkan kandungan makanan beserta asid mengalir kembali ke organ esofagus (bahagian salur makanan yang terletak di antara tekak dan perut).

Jika dibiarkan, ia boleh menjadi masalah yang lebih serius!

Selain itu, sendawa juga boleh berpunca daripada masalah gastrik.

 

SENAMAN merupakan salah satu cara untuk mengurangkan sendawa.

Hal berkenaan boleh tercetus apabila seseorang individu kerap mengeluarkan angin, walaupun dalam keadaan perut kosong.

Jelas Healthline lagi, kerap sendawa juga boleh disebabkan wujudnya atau kehadiran bakteria seperti helicobacter pylori pada bahagian perut.

Justeru, apa langkah pencegahan yang boleh dilakukan untuk mengurangkan sendawa?

Iklan

Berikut adalah cadangan yang dikemukakan oleh laman web lokal hellodoktor.com:

i) Bersenam dapat menyingkirkan angin yang berlebihan di dalam badan. Lebih bagus sekiranya senaman difokuskan pada bahagian perut dan abdomen.

Baca juga Kekal cergas! Sambil-sambil kerja pun boleh buat senaman mudah ini

ii) Kurangkan pengambilan sayuran yang bergas seperti kubis, kubis bunga, brokoli dan pucuk brussels yang kaya dengan nutrisi, tetapi tidak bagus untuk usus anda.

Iklan

iii) Hadkan meneguk minuman berkarbonat dan makanan yang ditapai kerana soda dan tapai boleh memerangkap gas di dalam badan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

iv) Awasi ubat-ubatan yang diambil kerana ada sesetengahnya seperti ubat darah tinggi dan antialahan menyebabkan pergerakan usus menjadi lebih perlahan daripada biasa.

Sehubungan itu, pastikan anda semua sentiasa peka dengan perubahan yang berlaku pada diri sendiri untuk mengelakkan berlakunya masalah kesihatan yang tidak diingini.

Jangan sudah terhantuk, baru nak tengadah! #kitajagakita

Foto Canva