SELEPAS hampir tiga bulan dunia pelancongan sunyi akibat penularan wabak Covid-19, namun bermula awal bulan lalu sudah banyak lokasi riadah mula dibuka kepada orang ramai.

Khusus untuk korang yang ‘cintakan’ aktiviti lasak di kawasan riadah air, inilah masanya…

Sejak pengumuman pembukaan semula sektor pelancongan domestik bermula 10 Jun 2020 dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), terkini taman tema dan taman tema air (termasuk kawasan riadah air) kembali beroperasi pada 1 Julai 2020.

Ia sekali gus bagaikan perkembangan signifikan kepada operasi sektor pelancongan domestik.

Jadi, apa kata, hujung minggu ini korang ajak rakan-rakan atau ahli keluarga menghabiskan masa bersama ke Taman Eko Rimba Kanching, Rawang dan Chongkak Park & Resort, Hulu Langat yang sudah mula beroperasi dua hari lalu.

Bagaimanapun, aktiviti perkhemahan masih tidak dibenarkan kerana hanya dibuka sehingga pukul 4.30 petang sahaja.

Namun, jangan terlalu ‘seronok’ memandangkan beberapa peraturan yang perlu korang ikuti sepanjang berada di kawasan rehat itu.

Jangan lupa, patuhi larangan hanya 300 orang pengunjung sahaja dibenarkan masuk pada satu-satu masa.

Pengunjung tidak dibenarkan berada di dalam kawasan selepas waktu operasi. Jadi, jangan tak ikut peraturan ya…

Iklan

Satu lagi jangan lupa, paling penting, semua pengunjung perlu mematuhi garis panduan atau SOP terkini yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Korang jangan lupa bawa topeng muka dan pakai serta tidak berhimpun atau berkumpul melebihi 10 orang di lokasi.

Bagi memastikan keadaan selamat, hanya lima orang sahaja berada di pondok rehat di sana pada satu-satu masa.

Iklan

Walaupun dilihat agak terbatas, namun semua itu adalah untuk keselamatan juga tau!

Ingat, beriadahlah secara berpada-pada! Untuk informasi lanjut, layari www.selangor.travel.