Pembedahan kosmestik vs pembedahan rekonstruktif. Pakar ini beri penjelasan perbezaan bidang pembedahan plastik

A
A
A

Pembedahan kosmestik vs pembedahan rekonstruktif. Pakar ini beri penjelasan perbezaan bidang pembedahan plastik

BERDASARKAN laporan Fortune Business Insight, saiz pasaran pembedahan kosmetik global bernilai AS$67.3 bilion pada tahun 2021.

Pada tahun 2031, ia dijangka mencecah AS$201.0 bilion menjelang 2031.

Pembedahan kosmetik adalah prosedur sukarela yang dilakukan untuk membentuk semula badan. Dengan erti kata lain, ‘mengubah suai‘ dan menambah baik penampilan fizikal pesakit.

PEMBEDAHAN PLASTIK SUMBER gambar hiasan daripada PEXELS.

Data yang dikongsikan WebMD pula menunjukkan, pakar bedah di Amerika Syarikat (AS) telah menjalankan kira-kira 15.6 juta prosedur kosmetik dan 6.8 juta pembedahan rekonstruktif.

Pembedahan kosmetik yang paling popular adalah sedut lemak (liposuction), pembesaran payudara dan rawatan pembaikan wajah (facelift).Rawatan itu sering kali disamakan dengan pembedahan plastik.

Prof Dr Alizan Abdul Khalil.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kedua-dua jenis pembedahan tersebut, SinarPlus mendapatkan Pakar Bedah Plastik dan Rekonstruktif UM Specialist Centre, Prof Dr Alizan Abdul Khalil.

Menurut Dr Alizan, pembedahan plastik adalah bidang yang luas.

“Untuk pengetahuan semua, pembedahan kosmetik adalah sebahagian daripada disiplin pembedahan plastik dan rekonstruktif. Bagaimanapun, ia melibatkan latihan, penyelidikan dan hasil yang berbeza,“ katanya.

 

Antara subkepakaran pembedahan plastik adalah pembedahan microsurgeri dan tangan (hand and microsurgery), kraniomaxilofasial (craniomaxillofacial surgery), kebakaran (burn surgery) dan rekonstruktif.

Pembedahan rekonstruktif dan pembedahan estetik pula berada dalam kategori memperbetul dan memulihkan (plasty) tubuh manusia.

Baca juga: Pembedahan bariatrik bukan untuk kurus semata-mata. Ini pengakuan 3 artis terkenal

SUMBER gambar hiasan daripada PEXELS.

Peningkatan penampilan

Mengulas lanjut, pakar itu berkata, pembedahan kosmetik memberi tumpuan kepada peningkatan penampilan atau membentuk semula bahagian tubuh manusia dan sebahagian besarnya adalah untuk menunaikan keinginan pesakit.

“Mereka yang menjalani pembedahan ini biasanya berada dalam keadaan sihat dan keputusan untuk menjalani rawatan tersebut adalah pilihan pesakit itu sendiri,“ katanya.

Berbeza dengan pembedahan rekonstruktif, ia lebih kepada pembaikan kecacatan dan membina semula fungsi normal anggota tubuh serta penampilan individu.

“Rekonstruktif menggunakan kulit dan tisu yang diambil dari bahagian lain tubuh pesakit sendiri (autologous tissue) adalah antara ciri utama pembedahan rekonstruktif dan pembedahan flap (flap surgery).

“Pembedahan ini ditawarkan kepada pesakit selepas anggota tubuh terjejas disebabkan oleh kecacatan kongenital, pembuangan tumor seperti kanser, trauma atau luka terbakar,“ katanya.

Baca juga: Rawatan rekonstruktrif, implan silikon beri harapan baharu kepada pesakit kanser payudara. Pakar beri penjelasan

SUMBER gambar hiasan daripada PEXELS.

Bagi membezakan kedua-dua prosedur tersebut, Dr Alizan memberikan contoh pembedahan melibatkan payudara.

Terang beliau, kaedah pembesaran buah dada adalah prosedur kosmetik. Ia diurus oleh pakar bedah plastik atau kosmetik.

Bagi pembedahan rekonstruktif payudara (selepas pembedahan mastektomi yang membuang keseluruhan payudara akibat kanser) pendekatan rekonstruktif akan dilaksanakan oleh pakar bedah plastik dan rekonstruktif.

Mengulangi katanya kembali, pembedahan kosmetik lebih kepada kehendak individu dan manfaat untuk hasil pembedahan hanya dirasai oleh pelakunya sahaja.

“Lazimnya, mereka yang menjalani kaedah berkenaan kerana mahu mendapatkan penampilan yang lebih baik. Ia bukan bermatlamatkan aspek perubatan seperti mana pembedahan rekonstruktif,“ jelasnya lagi.

Memberi satu lagi contoh, Dr Alizan berkata, seseorang yang mahu hidungnya mancung perlu melakukan kaedah rinoplasti untuk memperbaiki anggota itu.

Pun begitu, rawatan jenis sama (rinoplasti) turut diimplemenkan untuk memperbaiki pernafasan seseorang selepas hidung mereka tercedera dan ia melibatkan pembedahan rekonstruktif.

Baca juga: Demi nak cantik, sanggup buat lesung pipit buatan. Ini impaknya jika pembedahan bermasalah

SUMBER gambar hiasan daripada PEXELS.

Bagi memudahkan pemahaman, SinarPlus senaraikan jenis pembedahan kosmetik berdasarkan informasi oleh American Board of Cosmetic Surgery:

  1. Pembesaran payudara: Pembesaran, pengangkatan dan pengurangan saiz payudara.
  2. Kontur muka: Rinoplasti, dagu atau peningkatan pipi.
  3. Peremajaan wajah: Facelift, rawatan kelopak mata (eyelid lift), leher (neck lift), kening (brow lift).
  4. Kontur badan: Pembedahan membuang kulit dan lemak berlebihan pada bahagian abdomen (tummy tuck), •liposuction •dan rawatan ginekomastia (pembesaran payudara lelaki).
  5. Peremajaan kulit: Menggunakan teknik laser, suntikan botox dan filler.

Sementara itu, jenis pembedahan plastik rekonstruktif pula melibatkan elemen seperti berikut:

  1. Pemulihan payudara.
  2. Pembedahan pembaikan kesan terbakar.
  3. Pembaikan kecacatan kongenital seperti sumbing dan pembaikan kecacatan ekstrem.
  4. Pembedahan pembinaan semula bahagian tubuh.
  5. Pembedahan tangan dan pembaharuan parut.

SUMBER gambar hiasan daripada PEXELS.

Meneruskan hujah, Dr Alizan berkata, pembedahan plastik biasanya melibatkan kaedah invasif yang menyaksikan doktor perlu memotong tisu badan pesakit.

Ia secara tidak langsung menitik beratkan tahap keselamatan yang tinggi.

Bagi memastikan prospek itu dipenuhi, penggunaan fasiliti yang diiktiraf, instrumen dan kepakaran doktor adalah kriteria yang paling diutamakan demi mengurangkan risiko.

“Jadi, tidak mustahil kos untuk prosedur adalah tinggi,“ katanya.

Pada era milineal ini, pembedahan plastik dan kosmetik bukan lagi sesuatu yang dilakukan secara tersembunyi.

Kalau kita lihat, ramai selebriti yang mengaku melakukannya demi membina imej mereka pada mata peminat. Mereka mahu dilihat anggun atau kacak.

Sorotan situasi itu secara tidak langsung telah mengubah amalan pembedahan plastik menjadi sebuah industri di sesetengah negara seperti di Amerika Syarikat, Kanada, Korea Selatan dan lain-lain lagi.

Klinik yang menawarkan pelbagai perkhidmatan estetik tumbuh melata.

Baca juga: Usus kecil tersepit, rupanya Lisa Presley meninggal dunia asbab komplikasi pembedahan bariatrik

SUMBER gambar hiasan daripada PEXELS.

Forbes dalam satu penulisan khas berkata, peningkatan teknologi, pengaruh media sosial dan kos yang semakin rendah sejak kebelakangan ini menyumbang kepada perkembangan prosedur pembedahan kosmetik khususnya.

“Trend itu telah menjadikan individu yang mahu muncul di pentas Hollywood mesti mencapai piawan kecantikan tertentu. Sebab itulah ramai yang berlumba-lumba melakukan pembedahan untuk mengubah penampilan diri.

“Bukan itu sahaja, industri pembedahan kosmetik terus menjadi popular selepas ia semakin diterima masyarakat. Oleh yang demikian, individu yang ingin melakukan pembedahan plastik tidak lagi perlu melakukan secara tersembunyi untuk mengelakkan persepsi negatif orang ramai,“ kata sumber itu.

Forbes turut memetik Laporan Pasaran Pembedahan dan Prosedur Kosmetik Amerika Utara 2021 yang meramalkan trend peningkatan industri berkenaan yang mencecah kadar pertumbuhan hingga 6.38 peratus bagi tahun 2021 hingga 2028.

Dalam pada itu, The Aesthetic Surgery Society mendedahkan, prosedur pembedahan estetik di Amerika Syarikat meningkat sebanyak 54 peratus pada tahun 2021.

Bagaimana pula senarionya di Malaysia? Adakah serancak dengan negara luar?

Beritahu Dr Alizan, permintaan prosedur pembedahan kosmetik tidak begitu ‘hangat‘ di negara ini walaupun memiliki teknologi dan kepakaran yang bagus.

“Mereka yang berkeinginan untuk mengubah penampilan juga lebih memilih untuk melakukannya di luar negara,“ beritahunya.

SUMBER gambar hiasan daripada PEXELS.

Kesan sampingan

Mengenai risiko, SinarPlus merujuk informasi daripada Cleveland Clinic.

Menurut sumber berprestij itu, semua pembedahan termasuk prosedur pembedahan plastik dan rekonstruktif yang kompleks akan mengundang risiko kepada pesakit.

“Komplikasinya bergantung kepada pelbagai faktor termasuk jenis pembedahan, sejarah kesihatan pesakit dan faktor gaya hidup seperti merokok. Sesetengah masalah mungkin berlaku semasa pembedahan atau ketika proses penyembuhan,“ kata Cleveland Clinic.

Antara kesan sampingan yang mungkin berlaku adalah:

  1. Parut yang tidak normal.
  2. Darah beku.
  3. Kehilangan darah.
  4. Komplikasi anestesia seperti masalah pernafasan semasa prosedur pembedahan.
  5. Pengumpulan cecair dalam tisu (edema).
  6. Jangkitan kuman.
  7. Berlaku kerosakan saraf.
  8. Parut yang menghalang pergerakan semula jadi.
  9. Luka yang lambat sembuh.

Turut memberi komentar, Dr Alizan berkata, pembedahan plastik dan rekonstruktif bukan sahaja melibatkan pembinaan semula bahagian tubuh, malah meliputi pemantauan terhadap luka selepas pembedahan.

Ujar beliau, pembedahan rekonstruktif yang berjaya akan mengurangkan tempoh pesakit dirawat di hospital.

“Bukan itu sahaja, ia mengurangkan kadar jangkitan terhadap trauma atau luka yang dialami. Selain itu, hasil yang positif daripada prosedur itu membuatkan penampilan pesakit juga akan lebih mudah diterima.

“Pun begitu, kegagalan masih boleh berlaku jika pesakit lambat datang mendapatkan rawatan atau mempunyai masalah penyakit lain,“ katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca