Demi nak cantik, sanggup buat lesung pipit buatan. Ini impaknya jika pembedahan bermasalah

A
A
A

SELEBRITIBollywood, Preity Zinta dikatakan antara manusia di dunia yang mempunyai lesung pipit yang manis dan menawan. 

Selain mempunyai raut wajah jelita, ditambah

dengan kulit yang mulus, lekukan kecil sejak lahir pada kedua-dua pipinya adalah kelebihan beliau.

Di Amerika Syarikat, individu yang mempunyai lesung pipit dianggap manusia bertuah. 

Sementara di China, ia disifatkan sebagai satu daya tarikan dan isteri yang mempunyai keistimewaan itu didakwa boleh menyuntik kebahagiaan kepada keluarga. 

Baca juga: ‘Macam kakak dan adik. Lesung pipit tu buat ramai cair.’ Gambar raya Sari Yanti & anak-anak raih pujian!

Baca juga: Zahirah MacWilson selamat bersalin, lesung pipit anak tarik perhatian

lesung pipit SUMBER Monstera daripada PEXELS.

Menurut Healthline, selain pipi, lesung pipit boleh muncul pada badan, dagu termasuk bawah punggung.  

Berdasarkan statistik, kira-kira 20 hingga 30 peratus penduduk global memiliki ‘pesona semula jadi‘ itu. 

Disebabkan lesung pipit dianggap sebagai ‘kecantikan tambahan‘, ramai yang berkeinginan memperolehnya, ditambah teknologi dalam pembedahan plastik telah memudahkan proses membuat lekuk berkenaan sejak tahun 1960 lagi, kata Very Well Health.

Adakah di Malaysia perkhidmatan sebegitu ditawarkan? Persoalannya, adakah ia mendatangkan implikasi negatif kepada kesihatan?

 

Kepada Pakar Bedah Plastik dan Rekonstruktif, UM Specialist Centre, Profesor Dr Alizan Abdul Khalil soalan-soalan itu dikemukakan.

Beritahu Dr Alizan, servis mencipta lesung pipit memang terdapat di Malaysia. Permintaan orang ramai juga telah mendorong sejumlah pengamal perubatan tidak diiktiraf tiba-tiba muncul.

“Pengaruh budaya dalam masyarakat untuk memiliki wajah yang lebih cantik antara punca mengapa lesung pipit palsu ini semakin terkenal.

“Mereka sanggup menjalani pembedahan minor bagi penstrukturan semula otot yang dikenali sebagai Zygomaticus Major agar dapat pipi berlekuk dan senyuman akan lebih menonjol.

"Proses dimpleplasty bermula dengan suntikan ubat kebas melalui mulut di bahagian pipi di mana lesung pipit ditempatkan.

“Bagi menstruktur otot yang terlibat, mukosa pipi perlu dipotong lebih kurang 5 hingga 10 milimeter menggunakan instrumen biopsi atau alat pembedahan“ terang beliau.

Baca juga: Aiman my plus one, ketampanan anak sulung Ziana Zain jadi perhatian

lesung pipit SUMBER Cottonbro Studio daripada PEXELS.

Lekuk lesung pipit akan dicipta dan dikekalkan dengan ikatan benang.

Prosedur tersebut hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit. Pun demikian, ia tidak banyak dijalankan di hospital di negara ini.

“Untuk mencapai tahap keselamatan tinggi, penggunaan fasiliti yang diiktiraf, instrumen dan kepakaran doktor adalah sebab utama kos prosedur menjadi tinggi,“ tambahnya.

Lantaran itu, ujar Dr Alizan, kebiasaannya seseorang akan memilih untuk melakukan prosedur itu di pusat rawatan kecantikan yang menawarkan pakej yang jauh lebih murah.

Jangkitan kuman

Dalam pada itu, menerusi entri Public Health Malaysia (PHM) baru-baru ini, mereka melaporkan kes agak ngeri yang terjadi ke atas wanita yang berusia 27 tahun.

Individu berkenaan dilaporkan mengalami bisul pada kedua-dua pipi selepas menjalani pembedahan (pembentukan lesung pipit) sebulan sebelum itu.

Baca juga:Bisul boleh menyebabkan komplikasi yang teruk, segera jumpa doktor jika ada 7 tanda ini

LESUNG PIPIT SUMBER Andrea Piacquadio daripada PEXELS.

“Ia bermula selepas 10 hari pembedahan, pesakit mengalami bengkak yang membesar dengan kesukaran membuka mulut.

“Doktor terpaksa mengeluarkan nanah secara bius setempat. Pesakit sembuh dalam masa tiga minggu, namun beliau mengalami kesan parut yang kekal pada pipinya,“ kata PHM. 

Mengulas lanjut, Dr Alizan memberitahu, setiap prosedur kosmetik termasuk pembedahan pembentukan lesung pipit ada risiko tersendiri.

Antaranya, golongan tersebut berdepan dengan masalah jangkitan kuman kerana pembedahan dilakukan melalui mulut (intra oral).

Mulut mengandungi banyak kuman semula jadi dan sekiranya langkah-langkah keselamatan tidak diambil, jangkitan kuman boleh terjadi.

Keadaan tersebut boleh melarat menjadi bengkak, merah dan nanah di sekitar kawasan pipi selepas pembedahan.

LESUNG PIPIT SUMBER Matthias Cooper daripada PEXELS.

“Lebih teruk, seseorang boleh menemui ajal jikalau jangkitan melibatkan sistem saraf pusat (cavernous sinus thrombosis),“ terang beliau.

Ujar pakar itu lagi, biasanya, sesi kaunseling akan diadakan untuk menerangkan kebaikan, risiko dan harapan mereka sebelum pembedahan kosmetik dijalankan.

Baca juga: Peria memang pahit, tetapi boleh rawat beberapa penyakit kronik dengan hanya minum jusnya sahaja

Sehubungan itu, mereka yang tetap berkeinginan mencipta lesung pipit buatan demi menyerlahkan penampilan diri, pakar tersebut menasihatkan agar dapatkan dahulu info, nasihat dan khidmat daripada pakar yang diiktiraf.

Pada akhirnya, beliau menyarankan agar masyarakat berfikir semasak mungkin adakah wajar prosedur lesung pipit dilakukan? Berbaloikan kalau semata-mata mahu mengikut trend?

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca