EKZEMA
ialah sejenis penyakit kulit yang sering berlaku pada kanak-kanak. Namun, ada juga dihidapi oleh golongan dewasa.

Menurut portal MyHealth, keadaan radang pada kulit itu lazimnya disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur dan berair.

Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan.

“Ekzema selalunya terdapat pada muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut.

“Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak,” katanya.

Justeru, kata MyHealth, doktor akan membuat rawatan seperti berikut:

1. Ubat pencegah gatal seperti antihistamin.

2. Losyen pelembap, krim untuk menahan kekeringan dan kegatalan.

3. Krim steroid digunakan untuk kes-kes yang teruk.

4. Antibiotik jika terdapat jangkitan kuman.

Pun begitu, rawatan hanya untuk mengawal, mengurangkan gejala dan tanda tetapi bukan untuk penyembuhan.

baca juga: Melawan kegatalan ekzema, elak ambil makanan ini jika tak nak kulit makin teruk

baca juga: Rasa gagal jadi ibu bila anak hidap ekzema sehingga berdarah. Ini panduan berguna daripada pakar

baca juga: Ekzema, penyakit tidak berjangkit dan perlu dirawat sebelum parah

Sementara itu, seorang doktor perubatan,  Dr. Erna Nadia memberitahu sebenarnya untuk pesakit ekzema, yang paling penting adalah moisturizer (pelembap).

“Kena rajin sapu moisturizer sebab orang yang ada masalah ekzema ni kulit mereka kering dan akan jadi flare (radang), barulah cream steroid diperlukan.

“Itu pun hanya perlu sapu nipis pada bahagian yang flare sahaja dan bila dah rasa bahagian flare tu dah nipis atau licin, hentikan guna cream steroid, cukup hanya guna moisturizer saja,” katanya menerusi Facebook baru-baru ini.

Ujar beliau, semasa guna cream steroid pun, seeloknya blend atau campur moisturizer dan krim steroid yang diberi doktor.

Hal ini kerana cream steroid tidak boleh diguna secara sembarangan kerana kesan jangka panjangnya sangat bahaya kepada organ dalaman.

“Tak perlu beli apa-apa dari online atau kedai yang tak bertauliah.

Iklan

“Jika krim yang ada beli online atau entah kedai apa tu ok dengan cepat, percayalah adalah steroid dalam tu. Itu yang ok,” tambah beliau.

Jelas  Dr. Erna Nadia,  moisturizer yang sesuai untuk orang ada ekzema adalah daripada jenis yang tiada bau, tiada perisa apa-apa, hypoallergic dan anti itch atau antigatal.

Moisturizer yang selalu adalah yang rasa greasy atau berminyak sikit sebab kandungan minyaknya yang lebih tinggi berbanding air ( contoh ointments dan creams).

Ini akan membuatkan kulit lebih lembab dan menyingkirkan dan menghalang kotoran dari meresap ke dalam kulit.

Berbeza dengan orang berjerawat yang biasanya kulit berminyak, lebih elok guna yang water based.

“Moisturizer ni eloknya guna dengan kerap.

Iklan

“Lepas mandi terus sapu, lepas ambil wuduk sapu balik atau sapu sajalah setiap 4 jam,” katanya.

Tambahnya, penggunaan pelembab untuk kulit pesakit ekzema sama macam muka yang mana kita kena selalu apply sunscreen.

“Dan yang paling penting kena tahu anda alah atau elergik kepada apa.

“Jika ada ingredients (bahan)  tu dalam moisturizer anda, maka elakkanlah,” katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!