SHOPEE IT Mall menjadi destinasi sehenti popular untuk mereka yang sedang mencari gajet baharu pada harga lebih berpatutan.

Bukan sahaja semua barangan dijamin 100 peratus tulen, malah tawaran potongan harga hingga 60 peratus untuk peranti terpilih turut diberikan.

Kenapa kalian perlu membeli-belah hanya di IT Mall?

Platform jualan tersebut menawarkan ribuan laptop, monitor, aksesori komputer, komponen komputer peribadi dan konsol permainan dengan tawaran baucar lumayan.

Shopee IT MallLagi best, syiling pulangan tunai hingga 5 peratus juga diberikan untuk perbelanjaan minimum RM13 sahaja.

Sudah tentunya kos penghantaran terus ke rumah ditanggung beres. Cuma kalian perlu tebus baucar tersebut sebelum 31 Disember ini.

Baca juga Shopee menawarkan diskaun lebih 60 peratus, sempena Hari Natal. Tak rugi kalau buat pembelian sekarang!

Paling penting, sentiasa peka dengan notifikasi setiap hari kerana ada tawaran istimewa menanti kaki shopping.

NINTENDO SWITCH OLED

Sempena Hari Jualan Gaji yang berlangsung 25 Disember ini, Shopee IT Mall menawarkan konsol Nintendo Switch OLED pada harga RM1,349 berbanding RM3,599.

Shopee IT MallPeranti mudah alih yang dikemas kini dengan sistem baharu yang lebih mantap itu diberikan waranti selama setahun.

Tampil dengan skrin OLED bersaiz 7 inci yang berkuasa, konsol berkenaan memiliki storan dalaman 64 gigabite dan teknologi audio yang dipertingkatkan.

Shopee IT MallSelain itu, sistem Nintendo Switch dan Nintendo Switch (model OLED) juga direka bentuk menjadi peranti mudah alih yang boleh dibawa ke mana-mana.

LG ULTRA GEAR

Jenama LG juga tidak ketinggalan menyenaraikan item terbaik untuk kaki shopping yang sedang mencari televisyen baharu.

Shopee IT MallHarga tak masuk akal apabila potongan harga hingga 95 peratus diberikan untuk pembelian televisyen pintar, LG Ultra Gear terpilih.

Bayangkan harga yang ditawarkan memang jauh lebih murah berbanding biasa. Padanlah stok semakin menyusut.

Baca juga Shopeefood 12.12 Super Deals tawar diskaun, baucar dan penghantaran percuma. Kenali juga restoran terbaik di seluruh negara

Pada masa sama, LG juga memperkenalkan model terbaharu, LG Ultra Gear 48GQ900-B yang lebih power pada harga bermula RM5,922.

Shopee IT MallBerikut ciri terbaik LG Ultra Gear 48GQ900-B:

i) Skrin UHD OLED 4K bersaiz 48 inci direka khas dengan ciri antisilau dan pantulan rendah bagi memberikan pengalaman menonton atau permainan video yang lebih baik.

ii) Ciri kontras FTW memberikan paparan skrin lebih semula jadi, terang dan jelas.

iii) Respons masa hanya 0.1ms (GtG) untuk permainan video lebih lancar.

iv) Lengkap dengan teknologi NVIDIA G-Sync dan Adaptive Sync AMD FreeSync Premium.

RAZER BOOK

Berita baik buat para pelajar apabila mereka diberikan kelebihan untuk menikmati tawaran istimewa termasuk baucar eksklusif dan zero faedah untuk skim bayaran ansuran.

Shopee IT MallJangan lupa untuk daftarkan diri sebagai ahli Shopee for Student untuk mendapatkan notifikasi promosi menguntungkan setiap hari.

Untuk pembelian laptop misalnya, ahli yang sudah mendaftar bakal menikmati pelbagai faedah menarik termasuklah ansuran mudah.

Shopee IT MallRazer menawarkan Razer Book bernilai RM4,999 selepas diskaun separuh harga. Memang berbaloi dengan kualiti yang mengagumkan!

Kalian mahu lebih penjimatan berganda? Cepat chup dan isi troli online sebelum promosi berakhir.

Shopee IT MallEh! Sebelum itu, jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah lumayan berupa jam pintar, kamera papan pemuka (dash camera) dan televisyen litar tertutup.

Setiap pembelian secara tunai atau ansuran mudah yang dibuat melalui Shopee IT Mall, kalian berpeluang untuk bawa pulang ganjaran terhad tersebut.

Shopee IT MallLayari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi