Shopee ‘tackle’ hati wanita dengan tawaran runtuh barang perhiasan Pandora. Apa lagi jom beli…

SHOPEE memang buat kaum Hawa tak dapat duduk dengan tenang apabila kembali dengan tawaran yang ‘gila-gila’.

Biasanya Shopee menyediakan kempen yang lebih kepada barangan rumah, produk kesihatan, mandian dan kosmetik sahaja, tetapi kali ini, Shopee mahu bikin wanita lebih cantik berseri.

Kalau nak tahu mengapa, sini SinarPlus nak cerita dengan lebih lanjut.

Haaa… sempena sambutan Tahun Baharu Cina, Shopee Premium dengan kerjasama Pandora menganjurkan satu kempen khas yang menawarkan potongan harga lebih 55 peratus!

Ini memang wow, betul-betul rugi siapa yang tak rebut peluang keemasan itu!

Jenama Pandora memang idaman buat semua wanita.

Masakan tidak, kesemua desain, warna, pemilihan batu dan stail mengikut trend masa kini.

Memang sesuai untuk mereka yang suka dengan corak yang santai dan tidak sarat.

REBUT BAUCAR

Sebelum terlupa, menerusi kempen Shopee Premium x Pandora, ia bukan sahaja menawarkan diskaun, tetapi juga ada menyediakan baucar-baucar yang wajib direbut.

Memang rugilah kalau dah habis beratus-ratus, tapi tak tahu ada baucar yang boleh ditebus.

Untuk pengetahuan semua, Shopee Premium x Pandora menyediakan beberapa keping baucar antaranya diskaun sebanyak RM30 dengan pembelian minimum berjumlah RM350.

Bukan itu sahaja, Shopee juga ada menyediakan baucar penghantaran percuma dengan nilai pembelian minimum sebanyak RM15 dan RM40.

Baucar berkenaan boleh digunakan sehingga penghujung bulan Januari, namun orang ramai perlu cepat rebut sebelum ia habis.

CHARMS

Kepada peminat tegar barang kemas jenama Pandora, sudah tentu tangan kalian sedikit ‘menggigil’ untuk buat pembelian. 🙂

Menariknya menerusi tawaran itu, Shopee Premium x Pandora menawarkan diskaun sebanyak 55 peratus bagi Charms Pandora Blue and Pink Fan.

Harganya amat murah iaitu RM170.55 sahaja!

Kalau dah harganya macam itu, nak beli lebih daripada satu pun boleh, tak rugi pun.

Iklan

Dalam pada itu, kalian juga boleh merebut Zodiac Charms Pandora sempena Tahun Baharu Cina, memang cantik dan menarik!

SHOCKING SALE

Jangan pula kalian terkejut, menerusi kempen Shopee Premium x Pandora, Shopee ada menyediakan jualan murah mengejut.

Sudahlah ada potongan harga, ada lagi jualan murah. Wah, memang berbaloi-baloi jika buat pembelian sewaktu shocking sale itu.

Buat kaum Hawa atau para suami mahupun kekasih yang mahu beri kejutan pada pasangan, SinarPlus sarankan agar anda melakukan pembelian sewaktu berlangsungnya shocking sale.

Macam mana nak dapatkan harga yang lebih murah?

Iklan

Menerusi shocking sale Shopee Premium x Pandora, Shopee menyediakan lima waktu khas yang boleh kalian rebut, iaitu pada jam 9 pagi, 12 tengah hari, 2 petang, 8 malam dan 10 malam.

Jadi apa tunggu lagi, boleh set alarm mengikut waktu yang telah ditetapkan, supaya kalian tak terlepas peluang keemasan itu. Jom serbu Shopee sekarang!

Baca juga: Jom beli emas murah di Lazada, tawaran charm arnab rose gold 14k Pandora memang berbaloi-baloi

Baca juga: Pandora tampil koleksi baharu, diskaun hingga 50 peratus dan baucar percuma bernilai RM50 sempena bulan puasa

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi