TARIKH keramat 10.10 menyaksikan pelbagai promosi kaw kaw ditawarkan buat kaki shopping untuk aplikasi gedung membeli-belah terkemuka, Shopee.

Apa yang mencuri tumpuan, Peraduan Spin & Win Shopee Mall Super Brand Day Dessini yang membuatkan ramai khususnya emak-emak teruja untuk mendapatkan item idaman pada harga lebih murah.

Hanya pembelian minimum sebanyak RM100, para ibu berpeluang untuk memenangi ganjaran bernilai RM5,500 berupa perkakas laku keras jenama terkenal dari Itali.

10.10 shopeeAntara hadiah yang disenaraikan seperti vakum tanpa wayar, tineco Floor One S5 dan mop pembersih kering dan basah, iFloor Breeze.

Sempena kempen Shopee Mall Super Brand Day Dessini, kalian jangan terlepas untuk membawa pulang Automatic Cooking Machine Dessini Itali 19-in-1 dan Maifan Stone Grill Steak Non Stick Frying Pan Dessini Italy jika bertuah.

Sambil cuci mata melihat produk baharu yang ditawarkan, jangan lupa untuk isi troli online dengan barangan idaman.

10.10 shopeePromosi potongan harga hingga 86 peratus sememangnya memberi penjimatan luar biasa.

Bayangkan Granite Non Stick Casserole Pot Dessini Italy berharga RM255 dijual pada harga hanya RM35!

10.10 shopeeJualan kilat yang berlangsung pada jam tertentu memang gila-gila kerana harga ditawarkan memang tak masuk akal.

Bukan sahaja tertumpu kepada perkakas memasak seperti periuk, kuali, air fryer, spatula dan banyak lagi, tawaran untuk seterika stim serta pengering rambut tidak kurang hebatnya.

10.10 shopeeMasih berbaki empat hari lagi sebelum tiba kemuncak jualan, Shopee Mall Super Brand Day Dessini turut menawarkan item paling laris mengikut kategori.

Baca juga Shopee Market Fashion memang berbaloi pada harga tak masuk akal. Bar emas Habib pun ada diskaun menarik

Justeru, para kaki shopping tidak perlu pening kepala memilih produk idaman. Hanya klik pada kategori yang diinginkan, semuanya tersedia sekelip mata.

Pilihan terbuka sama ada untuk set perkakas memasak, keperluan rumah atau dapur. Tepuk dada tanya selera!

10.10 shopeeLagi satu, jangan lupa menebus baucar tunai yang dipaparkan dan dapatkan info terkini untuk tawaran harga paling rendah setiap hari.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi