Resipi rare, wanita ini kongsi resipi kek belimbing buluh. Rasanya dijamin tak masam langsung

A
A
A

KEBIASAANNYA buah belimbing buluh digunakan dalam masakan seperti masak lemak cili padi, sambal hitam atau dicampur ke dalam sambal belacan.

Jarang kita nak dengar buah yang mempunyai rasa masam itu dijadikan bahan utama untuk membuat kek.

Rasanya, memang tak terfikir langsung, kan?

Jadi kali ini, SinarPlus ingin berkongsi resipi unik kek belimbing buluh hasil perkongsian seorang pengguna Facebook menggunakan nama Anis Ssa.

Baca juga:Ketupat cantik daun kelapa raih 1,200 share, wanita tak lokek resipi, kongsi cara balut

Baca juga: Kek Buah Syurga Hati hadiah untuk mak tersayang sempena Hari Ibu. Kalau buat sendiri, lagi best

SUMBER foto daripada Anie Ssa.

SUMBER foto daripada ZAMRI RAMBLI.

“Sedap sangat dan tak ada rasa masam langsung,” ujar wanita tersebut.

Resipinya simple dan cepat sahaja hendak disediakan.

Apa yang lebih menarik, juadah enak itu tidak perlu diadun menggunakan mixer seperti kebanyakan penyediaan kek-kek lain.

Semua bahan hanya perlu blend dan boleh terus dibakar.

Baik, tak mahu berceloteh panjang, berikut ialah bahan-bahan dan cara penyediaan menu berkenaan.

 

Baca juga: Nampak comel & sedap, wanita raih hampir 6k shares kongsi cara senang buat mini kek red velvet cheese leleh

Baca juga: Hampir 700 share, resipi kek coklat viral sukatan cawan, gerenti sedap & super moist

SUMBER foto daripada Anie Ssa.

Resepi Kek Belimbing Buluh

Bahan-bahan

2 cawan buah belimbing

4 biji telur gred A

1 1/2 cawan gula

1 1/2 cawan minyak

1/2 sudu teh garam

1 sudu teh pewarna hijau

2 cawan tepung gandum

2 sudu teh soda bikarbonat

Cara penyediaan:

1. Kisar buah belimbing, telur, gula, minyak dan pewarna sehingga sebati.

2. Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat.

3. Campur sebati semua bahan.

4. Bakar pada suhu 160 darjah Celsius selama 50 minit. Sedia untuk dihidang.

SUMBER foto daripada Anie Ssa.

Wah, dengan empat langkah mudah, dah siap!

Jadi, mak-mak yang ada tanam belimbing buluh di belakang rumah, anda wajib cuba resepi ini.

Tidaklah buah belimbing yang merimbun tu dibuang sahaja.

Anak-anak pasti suka. Sekejap sahaja boleh habis seloyang. Paling penting tak rasa masam!

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca