SETIAP kali bulan puasa, tepung pelita antara kuih-muih yang paling popular. Kalau lambat je ke bazar Ramadan, memang tak dapat la nak merasa sebab kuih ini sememangnya laku keras dan cepat habis.

Namun begitu, tahun ini agak berbeza sedikit daripada Ramadan sebelumnya kerana ketiadaan bazar yang memeriahkan bulan puasa masyarakat Malaysia.

Ramai yang sangka proses untuk membuat kuih ini remeh, tetapi sebenarnya mudah sahaja. Jadi anda boleh cuba resipi tepung pelita ini, dan makan sepuasnya bersama keluarga tersayang!

Bahan-bahan lapisan hijau:
Gula halus 1 cawan
Tepung beras
4 cawan air
Pewarna hijau
Daun pandan

Cara-cara penyediaan:
Kisar 4-5 helai daun pandan untuk dijadikan air daun pandan secukupnya. Campur kesemua bahan di atas untuk lapisan hijau. Panaskan periuk dan kacau sehingga mejadi pekat. Isikan satu sudu kecil gula ke dalam bekas kemudian baru dituangkan campuran tadi sebanyak 1/3 penuh.

Bahan-bahan santan:
4 cawan santan
Garam secukup rasa
4 sudu makan tepung beras

Cara cara penyediaan:
Satukan semua bahan di atas dan masak atas dapur dengan api yang perlahan sehingga pekat. Kemudian tuang ke atas lapisan hijau tadi.

Iklan

Mudah je kan sebenarnya resipi tepung pelita ini?

Iklan

Selamat mencuba!

Sumber: Fb Sally Ahmad
Penulis: Fatin Syazwani Mohammed Hanif