Sertai kempen Give Health A Shot, platform khas tingkatkan kesedaran tentang penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin

APABILA masyarakat sudah kembali menjalani kehidupan seperti sedia kala, risiko
terdedah kepada penyakit berjangkit seperti rotavirus dan cacar air menjadi lebih tinggi terutama bagi golongan kanak-kanak.

Bagi mengekang permasalahan tersebut, suntikan vaksin amat diperlukan. Ia selaras dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Bahkan, Persatuan Pediatik Malaysia telah lama memperjuangkan agar vaksin
rotavirus dimasukkan ke dalam Jadual Imunisasi Kebangsaan.


Berdasarkan Kertas Kedudukan 2021 WHO, rotavirus merupakan punca utama kepada masalah cirit-birit, muntah dan dehidrasi yang menimpa budak berusia lima tahun ke bawah.

Situasi itu telah mengakibatkan sekitar 500,000 kematian berlaku dan lebih 2
juta kemasukan hospital di seluruh dunia dilaporkan pada tahun 2000.
Virus yang boleh menyebabkan seseorang demam dan sakit perut itu juga sebenarnya bukan sahaja boleh terjadi ke atas kanak-kanak (di bawah umur lima tahun), malah kepada bayi juga.

Baca juga: Selain diabetes, ada 10 lagi akibat minuman berkarbonat ramai tak sedar

Statistik di Malaysia menunjukkan, 22 hingga 50 peratus kes cirit-birit direkodkan disebabkan rotavirus.

Sementara itu, apa pula cacar air? Penyakit berkenaan berpunca daripada virus varicella-zoster yang boleh mengakibatkan seseorang terkena kayap pada kemudian hari.
Cacar air mudah tersebar apabila pesakit batuk atau bersin dan bersentuhan dengan cecair badan.

Walaupun kesannya agak ringan, terdapat komplikasi lain yang mungkin boleh tercetus. Antaranya seperti jangkitan kulit dan saluran darah, pneumonia atau keradangan otak.
Tidak kira sama ada rotavirus atau cacar air, langkah-langkah pencegahan
amat penting untuk meminimumkan risiko, sekali gus cuba mengekang kematian.

Beri kesedaran, salur peringatan

Prihatin dengan situasi itu itu, Merck Sharp & Dohme Sdn Bhd (MSD) melancarkan kempen Give Health A Shot yang merupakan satu usaha dalam meningkatkan kesedaran masyarakat tentang penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin seperti cacar air dan
rotavirus.

Menurut Pengarah Urusan, MSD Singapore & Malaysia, Pang Lai Li, kanak-kanak kecil dengan mudah boleh terdedah kepada dua jenis virus berkenaan dalam kehidupan seharian mereka.


“Pencegahan memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan gaya hidup yang lebih sihat untuk keluarga dan komuniti.

“Justeru, kempen ini disifatkan sesuai dalam mendidik semula ibu bapa tentang cara pencegahan atau kawalan yang boleh diambil terhadap penyakit cacar air dan rotavirus. Pada masa sama, Give Health A Shot juga membawakan peringatan daripada Kementerian Kesihatan untuk melindungi kanak-kanak daripada penyakit yang boleh dikekang dengan vaksin,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Iklan

Baca ni: Teh panas elok diminum ketika cuaca terik? Ini makanan & minuman terbaik penghilang dahaga

Semua ibu bapa dan orang awam boleh mendapatkan akses kepada sumber dan maklumat yang meluas tentang penyakit boleh dicegah dengan vaksin, cerita perkongsian daripada ibu bapa lain termasuk video pendidikan.


“Kami mahu mendekati lebih 1 juta ibu bapa di Malaysia dalam misi kami untuk
memberitahu, mendidik dan mencetus rasa mendesak dalam diri mereka untuk
mengambil tindakan untuk melindungi anak-anak mereka melalui pelbagai langkah pencegahan.

“Pihak MSD juga mempunyai tanggungjawab untuk memastikan golongan ibu bapa mempunyai informasi yang boleh dipercayai dan relevan,” ujar beliau lagi.
Mengulas lanjut, Lai Li berkata, pihaknya melihat satu trend membimbangkan apabila menyaksikan ibu bapa melangkau vaksinasi gara-gara takut membawa anak-anak ke pusat kesihatan.


Itu semua kerana mereka berwaspada dengan penularan virus Covid-19 dan
kemunculan penyakit lain seperti penyakit tangan, kaki dan mulut atau
cacar monyet.

Iklan

“Kami berharap dengan kempen Give Health A Shot dan hub kandungan yang
disediakan untuk ibu bapa, mereka semua akan mempertimbangkan kesihatan dan keselamatan cahaya mata masing-masing dengan serius melalui langkah pencegahan termasuk amalan kebersihan yang baik dan vaksinasi yang sesuai,” tambah Lai Li.

Semak pautan kempen Give Health A Shot, https://my.theasianparent.com/ category/kesihatan-bm/vaksinasi/ give-health-a-shot-bm.

Rujuk doktor anda tentang jika wujud sebarang kebimbangan atau untuk
mendapatkan nasihat perlindungan untuk si kecil sempena musim persekolahan ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.