SKECHERS, satu jenama global dalam rangkaian koleksi sukan dan gaya hidup yang cukup terkenal.

Daripada koleksi Sport, D’Lites 2, Burst, USA, Bobs, Energy Lights, Twinkle Toes, the GOwalk dan GOrun, semuanya diminati ramai dan memiliki peminat tersendiri.

Tidak terhenti setakat di situ, Skechers yang merupakan label dari Amerika Syarikat itu turut mempunyai helaian busana khas untuk bersukan seperti baju, seluar, bra top dan banyak lagi.

Pendek kata, kalau ke butik Skechers, ia bagaikan satu pusat sehenti bagi peminat sukan dan memang rambang mata dibuatnya.

Baca ni Makan nasi cuma 2 sudu, petua Azah Aziz kekal awet muda pada usia 50 tahun

Terbaharu, jenama itu membuka semula cawangannya di pusat beli-belah Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Seperti di lokasi lain, pelbagai koleksi kasut untuk lelaki dan wanita pada harga mampu milik ditawarkan buat pengunjung jika bertandang ke sana.

Bersempena dengan itu juga, Skechers berkongsi berita gembira apabila menyediakan pelbagai promosi dan hadiah menarik buat pengunjung

Bermula 21 Oktober hingga 31 Oktober ini, orang ramai bakal menikmati diskaun sebanyak 50 peratus bagi setiap pembelian barangan kedua dalam satu resit.

Selain itu, anda juga berpeluang mendapat hadiah eksklusif menerusi peraduan Snap, Tag dan Kongsi sehingga stok masih ada.

Baca lagi ‘Mop legend’ tetap pilihan. Gelagat Feeya Iskandar kemas rumah sebelum keluar ‘me time’ raih pujian

Caranya mudah sahaja:

1. Ambil gambar cawangan Skechers Sunway Pyramid.
2. Kemudian muat naik menerusi Facebook atau Instagram dengan hastag #SkechersMY #Skechers NewStore dan tag @SunwayPyramid.

Iklan

Bagi 100 pembeli pertama, kalian bakal berpeluang memenangi baucar RM50 dan hadiah sampingan.

Pada masa sama, bagi yang ingin menjadi salah seorang Silver Member, peluang cerah menanti anda jika berbelanja sebanyak RM250 (tertakluk kepada terma dan syarat).

Tunggu apa lagi, jom serbu Skechers Sunway Pyramid hari ini.

Iklan

Promosi istimewa yang diberikan hanya berlangsung selama tiga hari sahaja. Jangan lepaskan peluang ya!

Baca lagi Penampilan sulung karya anak dalam koleksi fesyen terbaru, Melinda Looi luah rasa bangga dan terharu

Layari portal SinarPlus, sinarplus.sinarharian.com.my untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami untuk info dan kisah penuh inspirasi