Tak perlu tonyoh, senangnya cuci cermin bersih berkilat cara Jepun, hanya guna 2 bahan

MENCUCI cermin pintu, tingkap mahupun cermin muka di meja solek menjadi satu perkara remeh untuk dilakukan.

Apatah lagi bagi seorang ibu yang rutin hariannya sibuk menguruskan anak-anak serta keluarga dan dalam masa yang sama turut bekerja.

Ia sudah tentu menyebabkan masa yang ada sangat terhad dan semahunya bab membersihkan cermin rumah ingin dilakukan dengan senang dan pantas.

Seorang pengguna Twitter, @Pija Chan ada berkongsi cara efektif cuci cermin hanya guna dua bahan.

Katanya, dia suka guna tip itu kerana tak payah beriya nak tonyoh cermin, jimat tenaga.

Jom baca, hujung minggu nanti bolehlah mula cuci sana cuci sini.

“Tip ni i belajar dekat TV Jepun. Dah bertahun i buat dan memang sangat efektif digunakan lagi-lagi dekat cermin yang dekat dengan sumber air.

“All you need is these two! Lemon juice and kitchen towel!

“I guna lemon juice 100 peratus yang guna untuk masak tu je.

“Boleh je nak guna fresh lemon pon, yang penting jangan guna air jus lemon untuk minum sebab yang tu dah ada gula,” ciapnya.

Cuba juga Tak sangka mop guna pencuci pinggan je, hasilnya lantai & licin berkilat. Debu-debu pasir pun hilang!

Kredit foto: Twitter Pija Chan

Cara-cara membuatnya;

1. Tuang jus lemon dalam pinggan (kalau guna fresh lemon korang perah dulu)

Iklan

2. Campur dengan air sikit nak jimat jus lemon tu. Jangan buat cair sangat nanti tak berapa jadi

3. Rendam tisu dapur. Perah sikit, bagi tisu tu still basah so tisu boleh melekat dekat cermin.

Cuba juga Senangnya tanam pokok kesum, tak perlu tanah, 7 hari sedia dituai

4. Buka balik tisu tu, tampal dekat cermin, biarkan dalam 15 minit. Cabut tisu.

5. Lap bersih-bersih yang basah tu pakai tisu dapur yang kering pulak dan hasilnya cermin yang bersih macam baru!

Iklan

Selamat mencuba!

Sumber: Pija Chan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.