BUKAN omongan kosong lagi. Kemajuan industri aerodinamik dunia dan hadirnya manusia yang pakar dan berinovatif menjadikan sesuatu yang mustahil menjadi realiti.

Antaranya, pastilah kewujudan kereta terbang yang pernah menjadi bahan ketawa masyarakat sebelum ini

Baru-baru ini, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), Amerika Syarikat telah meluluskan sijil kebolehpenerbangan khas kepada Alef Model A.

Laman web robbreport.com melaporkan, varian hibrid retro berkenaan bukan sahaja boleh dipandu di atas jalan seperti kereta biasa, malah berupaya untuk meluncur ke udara sejauh 177 kilometer (km).

Selain itu, portal terkemuka Amerika Syarikat tersebut turut menyenaraikan empat lagi kenderaan dwifungsi dengan inovasi futuristik. Buat masa ini, lesen diperoleh dari negara masing-masing. Berikut perincian:

kereta terbang

1. Alef Model A
Harga: RM1.4 juta
Keluaran: Alef Aeronautics
Negara: Amerika Syarikat

kereta terbang

– Alef Model A merupakan model kereta terbang berkuasa elektrik pertama di dunia yang menerima kelulusan FAA untuk terbang ke udara.
– Projek pembangunan yang dijalankan sejak tahun 2015 itu menghasilkan jentera yang berupaya untuk terbang secara menegak dan berputar 90 darjah menggunakan lapan kipas.

kereta terbang– Boleh memuatkan dua penumpang, kenderaan tersebut boleh bergerak sejauh 322km di jalan raya. Alef Model A dijadualkan dijual dan bersedia untuk digunakan pada suku pertama tahun 2025.

kereta terbang

2. Pal V Liberty Sport
Harga: RM1.4 juta
Keluaran: PAL-V International
Negara: Netherlands

– Pal V Liberty Sport yang berupa jentera tiga roda secara asasnya boleh memuatkan dua penumpang sahaja.
– Berdasarkan laporan, kenderaan masa depan itu akan menemui pengguna secara rasmi pada tahun ini.

kereta terbang– Untuk mod jalan raya, Pal V Liberty Sport boleh mencapai pecutan hingga 97km perjam dalam masa kurang sembilan saat.
– Jarak penerbangan pula dalam lingkungan 402 hingga 499km bergantung kepada kapasiti penumpang.

 

kereta terbang

3. Doroni H1
Harga: RM1.6 juta
Keluaran: Doroni Aerospace
Negara: Amerika Syarikat

– Kenderaan jenis pesawat ringan dengan reka bentuk kereta itu berfungsi sebagai kenderaan peribadi dengan kawalan separa autonomi.
– Pun demikian, Doroni H1 masih dalam proses permohonan perakuan sebagai pesawat sukan ringan di bawah peraturan FAA.

Baca juga Dari jalan raya ke udara kurang 3 minit, kereta terbang AirCar bakal dijual dalam masa 12 bulan

kereta terbang– Secara keseluruhan, jentera tersebut memiliki dua tempat duduk dan dua set sayap dengan tujahan kipas berdaya tinggi.
– Rekod penerbangan boleh mencapai kelajuan 225km perjam pada jarak 80.4km. Tempahan sudah dibuka dan penghantaran slot pertama dijangka tahun ini.

Iklan

kereta terbang

4. Klein Vision AirCar
Harga: RM2.3 juta
Keluaran: Klein Vision
Negara: Slovakia

– Klein Vision AirCar nampak lebih stail apabila reka bentuknya menggabungkan kenderaan mewah dan kereta kebal tentera.

Baca juga Zapata JetRacer perkenal inovasi kereta terbang

kereta terbang– Buat masa ini, ia boleh membawa dua penumpang. Namun, difahamkan, desainnya sedang dikemas kini untuk menghasilkan versi empat tempat duduk dan jenis amfibia.
– Kelulusan kereta terbang tersebut sudah disahkan oleh Pihak Berkuasa Pengangkutan Udara Slovakia dan kini sedang merancang untuk mendapatkan pensijilan di seluruh benua Eropah.

kereta terbang

5. Aska A5
Harga: RM3.7 juta
Keluaran: ASKA Drive & Fly Vehicle
Negara: Amerika Syarikat

Iklan

kereta terbang

– Antara kenderaan eVTOL pertama di dunia yang boleh meluncur laju di jalan raya sejauh 113km perjam untuk mod pemanduan.
– Aska A5 dikatakan boleh terbang secara menegak dengan keupayaan enam kipas sejauh 402km pada kelajuan 241km perjam.

kereta terbang– Bukan itu sahaja, rancangan untuk ciri pemanduan autonomi sepenuhnya untuk kawalan di jalan raya dan udara juga sedang dipertingkatkan oleh jurutera prolifik mereka.
– Berdasarkan laporan, Aska A5 bakal menembusi pasaran menjelang tahun 2026.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang