Canon perkenalkan rona baharu untuk printer ikonik, Siri E lengkapkan gaya moden ruang peribadi

No Image Caption
A
A
A

CANON Marketing Malaysia menawarkan model PIXMA E410 dan PIXMA E470 dengan pengenalan rona dinamik baharu sempena sambutan 28 Tahun Kecemerlangan Berterusan syarikat itu.

Warna hijau putih yang menawan memberi nafas baharu untuk rangkaian Siri E ikonik tersebut, sekali gus melambangkan sentuhan gaya moden selari dengan trend terkini.

Ketua Bahagian Peranti Sistem Peribadi Canon Marketing Malaysia, Sandy Lee berkata, pencetak Siri E sememangnya sinonim dengan kualiti dan kecemerlangan tersendiri.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

“Kerjasama bersama Siser Asia yang merupakan peneraju dalam bidang bahan pemindahan haba dan teknologi berupaya menggabungkan inovasi percetakan Canon lebih kreatif serta keterhadapan.

“Selain warna baharu, Canon turut memperkenalkan aplikasi Canon Printer Buddy, sebuah versi pintar yang dipertingkatkan membolehkan pelanggan menikmati pengalaman yang diperibadikan lebih baik,” katanya.

No Image Caption

Sempena pelancaran tersebut, Canon menganjurkan Peraduan Gaya Baru Warna Baru bermula 1 Oktober hingga 31 Disember ini dengan ganjaran bernilai RM30,000.

Pencetak Siri E baharu boleh didapati menerusi rakan pengedar yang sah dan outlet e-dagang Canon. Untuk info lanjut, layari my.canon/en/consumer/products.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang