TERTUSUK pisau yang dibaling kakaknya pada leher menjadi punca kematian remaja lelaki berusia 16 tahun maut dalam insiden pergaduhan baru-baru ini.

Hasil daripada bedah siasat, balingan pisau yang biasa digunakan untuk memotong sayur itu telah mengenai bahagian arteri atau pembuluh darah pada bahagian kanan leher dan mengakibatkan pendarahan yang agak banyak.

Baca juga: Adik ajal di tangan kakak gara-gara berebut tempat duduk dalam kereta, berikut kronologi kejadian

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata pendarahan itu disyaki menyebabkan mangsa kehilangan banyak darah menjadi punca kematian.

Luka akibat tikaman objek tajam sangat berbahaya dan berisiko maut. Sekiranya perkara ini terjadi pada anda, keluarga atau orang sekeliling, berikut adalah langkah yang perlu dilakukan.

Baca juga: Lompat dari sofa, dada tertusuk kaca meja, pemergian tragis kanak-kanak jadi perhatian. 5 info ini wajib tahu

Kredit foto: Pexels

Jururawat, Nur Nabiila Masfuzah Abdullah Masfuzah Abdullah atau lebih dikenali sebagai Bel Nawhen berkongsi tentang tip berhadapan dengan kecederaan tertusuk objek tajam.

“Mengapa anda dilarang daripada mencabut pisau atau objek yang tertusuk pada mana-mana anggota? Ia kerana kita tidak mengetahui tahap mana kecederaan akibat tusukan itu berlaku.

“Salur darah mana yang sudah tercedera tidak dapat dikesan, organ terdekat sudah terkena pun tidak boleh dilihat dengan mata kasar,” katanya.

Menurut Nur Nabiila objek tajam yang masih kekal tertusuk akan menjadi penghalang perdarahan kerana ia masih melekat pada kawasan terlibat. Tidak hanya itu, ia juga memberi tekanan kepada kawasan tersebut daripada terus mengalirkan darah.

“Jadi, apabila anda menarik objek tersebut keluar, penghalang tadi sudah tiada. Malahan geseran daripada objek tajam sewaktu ia dikeluarkan boleh mencederakan kawasan sekitarnya lalu mengakibatkan perdarahan yang banyak. Perdarahan yang teruk boleh mengancam nyawa,” katanya.

Baca juga: Lelaki hilang jari akibat tertusuk udang, nasihat orang ramai supaya lebih berhati-hati

Kredit foto: Pexels

Nur Nabiila turut menyenaraikan beberapa langkah yang perlu dilakukan ketika berhadapan dengan luka sedemikian.

Rawatan awal untuk mengelak risiko kematian boleh diambil oleh mangsa atau orang di sekitar. Berikut antara langkah yang boleh dilakukanan:

1. Mangsa perlu bertenang atau mangsa ditenangkan oleh orang sekeliling. Tidak perlu ramai mengerumuni sehingga menimbulkan panik

2.Alirkan kawasan yang cedera dengan air bersih bagi tujuan membersihkan kawasan sekitar selain melihat tahap kecederaan yang boleh dilihat oleh mata kasar.

3.Jika objek tajam telah tiada, beri tekanan pada kawasan luka dengan kain bersih supaya darah tidak terus mengalir.

Iklan

4.Sekiranya objek tajam masih ada pada luka, jangan cabut tetapi buat balutan cincin/ donat dengan menggunakan kain yang bersih dan letak di sekeliling objek berkenaan kemudian tutup dengan kain bersih yang lain.

5.Beri tekanan yang berterusan pada kawasan luka untuk menahan darah daripada keluar dengan banyak. Tekanan hendaklah tidak melebihi 10 minit dan dilepaskan bagi membolehkan aliran darah ke organ atau anggota tubuh dikembalikan.
Jangan ikat anggota yang tercedera kerana ia boleh menyebabkan organ rosak kerana tidak mendapat aliran bekalan darah tidak mencukupi.

6.Tinggikan anggota yang luka dari paras jantung untuk mengurangkan darah mengalir keluar.

7.Dapatkan bantuan dan rawatan daripada anggota perubatan di klinik atau hospital berdekatan atau hubungi talian 999 atau bawa mangsa terus ke hospital dan klinik berdekatan.

Menurut Nur Nabiila, malang memang tidak berbau, tetapi langkah keselamatan dan rawatan awal perlu dikemas kini dari semasa ke semasa supaya kecederaan dapat dielakkan dan kehilangan nyawa dapat dihindari.

Iklan

Semoga panduan ini membantu para wanita agar sentiasa bersiap sedia sekiranya kejadian tertusuk objek tajam berlaku di persekitaran seterusnya mengelakkan kehilangan nyawa.

Baca juga: Guru kongsi detik cemas staf tiba-tiba bersalin di sekolah. “Cikgu lelaki, guru besar pun kalut macam isteri nak beranak.”

Sumber: Bel Nawhen, Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi