SANGGUP mengelilingi Semenanjung Malaysia sejauh 2,500 kilometer, nampaknya bidikan jurufoto hebat ini, Mok JC membuatkan ramai kagum dengan keindahan tanah air kita, Malaysia.

Bagi kebanyakan peminat gambar, mereka sanggup berkelana atau mengembara demi mencari angle gambar terbaik untuk koleksi peribadi atau pun sebagai sumber pendapatan.

Kisah Mok JC yang dikongsikan di akaun Facebooknya membuatkan ramai terkesima kerana perjalanan itu dibuat selama 11 hari 10 malam.

Mok JC

Dengan bajet sebanyak RM2,600 untuk dua orang, jurufoto itu menjelajah Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Kemudian perjalanan diteruskan ke Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan kembali semula ke Pulau Pinang.

Mok JC

Bagi merealisasikan misi Connecting The Dots, Mok JC berkongsikan pengalaman sepanjang perjalanan penuh memori termasuklah mendaki gunung yang belum pernah dijejaki sebelum ini.

Seorang diri pula tu!

Pemuda tersebut juga berbangga dengan keindahan pesisiran pantai ketika melalui negeri Pantai Timur dan sawah padi yang terbentang luas.

Mok JC

Bentuk simetri bendang yang diabadikan dalam bidikan foto ternyata membuatkan ramai teruja.

Baca juga Percutian bajet dalam M’sia 10 hari baru RM3K, lelaki ini kongsikan

Berikut shot menarik yang dikongsikan:

Memang cantik dan menenangkan! Malah terdapat destinasi yang mungkin belum pernah kalian jejaki lagi.

Mok JC

Jambatan rel keretapi Guillemard di Tanah Merah, Kelantan memang cantik dan superb!

Apa yang boleh dikatakan, trip mengembara sekeliling negeri memang menyeronokkan.

Mok JC

Mok JC

Mok JC

Justeru, SinarPlus kongsikan beberapa tip selamat untuk pastikan kenderaan kalian okey untuk perjalanan jauh:

Iklan

1. Pastikan paras cecair pada radiator pada tahap normal kerana setiap model kenderaan menggunakan penyejuk yang disyorkan mengikut nisbah yang ditetapkan.

2. Periksa tayar terlebih dahulu sebelum bergerak kerana ia salah satu bahagian penting yang perlu disemak. Pastikan bunga tayar masih tebal untuk mencengkam laluan terutamanya musim hujan ketika ini.

Mok JC

3. Tayar simpanan. Ini penting untuk memastikan tayar tambahan mempunyai angin yang secukupnya untuk berdepan insiden yang tidak dijangka.

4. Pemeriksaan minyak enjin adalah perkara asas yang perlu dilakukan. Mudah sahaja untuk memeriksa level minyak dengan menggunakan dipstick yang tersedia.

Mok JC

Mok JC

Iklan

5. Pengelap cermin kereta mesti diperiksa terlebih dahulu ya supaya perjalanan kalian lebih lancar. Jika cermin hadapan kabur dan kebetulan hujan lebat, memang bahaya.

6. Lampu pun sama penting dengan pengelap cermin kereta. Pastikan lampu depan dan belakang berfungsi dengan baik.

Mok JCJadi apa tunggu lagi? Rancang percutian santai kalian sempurna supaya setiap memori dapat diabadikan dengan baik.

Walaupun kembara kita tak sehebat Mok JC, yang penting kita gembira. Betul tak?

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI