Tamat pengajian & raih ijazah kelas pertama, Marlia Musa imbau detik awal anak bongsu ke universiti. 'Terima kasih Tuhan atas kurniaan-MU'

No Image Caption
A
A
A

TAHNIAH diucapkan kepada anak seniman Datuk M Nasir, Suci Musalmah, 22, yang berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang baru-baru ini.

Berita gembira itu dikongsikan Datin Marlia Musa yang sempat menghadiri majlis konvokesyen anak bongsu mereka yang menamatkan pengajiannya di University Of Nottingham.

Suci Musalmah yang kini rasmi pemegang Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Hubungan Antarabangsa dalam Bahasa Sepanyol dengan Kelas Pertama diraikan kedua ibu bapanya.

"Alhamdulillah syukur. Segalanya berjalan baik hari ini. Macam baru semalam Suci masuk universiti. Macam baru semalam balik hantarnya ke rumah barunya di UniVillage. Sesudahnya saya menangis selepas pulang ke rumah kerana rindu.

No Image Caption

"Mungkin yang mama lalui sewaktu saya dan Nurul Musa Albakri berangkat ke United Kingdom dahulu.

"Perit kerana berpisah dengan dua orang anak serentak. Saya sekurang-kurangnya dari Sungai Buloh ke Semenyih kurang dua jam perjalanan.

Artikel Berkaitan:

"Bila kenangkan itu, hati saya kurang laranya. Pejam celik rutin baru ini, berat tapi lebih mudah ditelan. Pejam celik, tiga tahun sudah berakhir.

No Image Caption

"Terima Kasih Tuhan atas semua kurniaanMu. Terima kasih Suci for this happiness," titip bekas pelakon Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu.

Dalam kegembiraan, Marlia yang juga pensyarah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) turut menitipkan kesyukuran dan penghargaan buat suami, ibu dan keluarga.

"Terima kasih bapa Suci (M. Nasir) kerana percaya dengan cita-cita anaknya. Terima kasih mama kerana selalu mendoakan kami sekeluarga.

"Terima kasih adik-beradik dan keluarga kerana selalu berada bersama kami. Alhamdulillah," katanya.

Pelakon Sesejuk Air Mata Ibu itu juga sempat berkongsi tentang hasrat Suci mengenakan persalinan yang dipakai ketika majlis graduasinya dahulu.

No Image Caption

"Permintaan Suci untuk memakai baju kurung yang saya sarungkan semasa majlis graduasi saya lebih 20 tahun dahulu tidak dapat saya tunai.

"Baju itu entah ke mana, also tidak muatlah dik. Mak ketika itu saiz enam. Terima kasih semua yang selalu bersama keluarga kami. Tahniah Suci!" kongsinya.

Menjengah ke ruangan komen, para peminat tidak melepaskan peluang menitipkan ucapan tahniah.

Sekadar info, M. Nasir dan Marlia mendirikan rumah tangga pada 31 Ogos 2000.

Terdahulu, pemuzik dan karyawan legenda itu berkahwin dengan vokalis kumpulan Ideal Sisters, Junainah Johari pada 12 September 1981. Mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ilham, Yassin, Hidayat dan Shafie dan Nurnilam Sari.

Junainah meninggal dunia pada 8 Ogos 1998 akibat asma.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang