Dari DM ke jenjang pelamin, Atiq Azman selamat bergelar suami selepas 4 bulan bertunang. 'Hai isteriku....'

SELEPAS empat bulan mengikat tali pertunangan akhirnya pelakon berbakat, Atiq Azman menamatkan zaman bujangnya pada Jumaat malam.
Bintang Nur Kasih yang pernah mencuri perhatian ramai dengan ketampanannya itu memilih pramugari jelita, Alia Natasha, sebagai suri hatinya.
Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Atiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah menerusi hantaran di Instagramnya hari ini.
Perkhabaran manis ini sekali gus merealisasikan impian pelakon itu untuk mendirikan rumah tangga tahun ini.
Anak kelahiran Kelantan tersebut meluahkan sisi romantiknya sambil berkata, rumah tangga yang bahagia bukanlah terbina daripada dua insan yang sempurna.
Namun ia daripada dua hati yang saling menerima kekurangan dan melengkapkan satu sama lain dengan penuh kasih sayang.
"Hai isteriku @aliakerul5.
"Perkahwinan yang hebat bukanlah apabila ‘pasangan sempurna’ bersatu, tetapi apabila dua insan yang tidak sempurna belajar untuk menikmati perbezaan mereka," tulisnya.
Momen penuh bermakna itu berlangsung dalam suasana yang cukup indah, dengan pasangan sama cantik, sama padan itu menggayakan busana putih sambil bergambar di pelaminan.
Lebih istimewa, majlis perkahwinan berkenaan bagaikan hadiah terindah bagi pengantin lelaki apabila ia berlangsung hanya tiga hari sebelum ulang tahun kelahirannya pada 24 Februari depan.
Untuk makluman, Atiq dan Alia selamat bertunang pada 26 Oktober tahun lalu.
Menariknya, kisah cinta mereka bermula dengan satu kiriman mesej di Instagram.
Namun siapa sangka, satu mesej daripada Atiq yang ketika itu hanya sekadar teguran biasa akhirnya membawa mereka ke jenjang pelamin.
Menurut Atiq, beliau terpikat bukan sahaja kerana kecantikan Alia, tetapi juga tutur katanya yang lemah lembut.
Baginya, Alia adalah calon isteri yang ditunggu-tunggu selama ini.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang